LATIHAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA 2

(a) (i) balai raya - Para sukarelawan perlu berkumpul di balai raya seawal jam 8 pagi.
     (ii) tunjuk ajar - "Sila beri tunjuk ajar," kata murid baru itu dihujung sesi perkenalan.
     (iii) ambil alih - "Tolong ambil alih tugas saya," pinta pegawai yang sedang tergesa-gesa itu kepada rakannya.
     (iv) kertas kerja - Kertas kerja milik Rashid telah ditolak oleh majikannya kerana tidak lengkap.
     (v) duit kopi - Pegawai atasan itu telah ditangkap atas dakwaan menerima duit kopi.
     (vi) temu bual - Temu bual itu sangat menarik walaupun hanya sekejap.


(b) (i) Adakah Puan Hairun hendak bercuti ke Sabah atau Sarawak?
     - Adakah Puan Hairun hendak bercuti ke Sabah?
     - Adakah Puan Hairun hendak bercuti ke Sarawak?

     (ii) Adik Amalina telah memenangi Anugerah Pelajar Cemerlang dan Anugerah Pelajar Contoh di sekolahnya
    - Adik Amalina telah memenangi Anugerah Pelajar Cemerlang di sekolahnya.
    - Adik Amalina telah memenangi Anugerah Pelajar Contoh di sekolahnya.

     (ii) Pengguna yang bijak tidak berbelanja mengikut hawa nafsu.


(c) (i) Sikap anak lelaki Puan Salmah yang celupor telah mencemari nama baik keluarga mereka.
     - Sikap anak lelaki Puan Salmah yang celupar telah mencemarkan nama baik keluarga mereka.

     (ii) Agen insurans itu telah memujuk pelangganya dengan penawaran pelan yang menarik.
    - Ejen insurans itu telah memujuk pelanggannya dengan penawaran pelan yang menarik.

    (iii) Kontigen olahraga negara akan melepas ke Singapura bagi menyertai Sukan SEA.
    - Kontinjen olahraga negara akan berlepas ke Singapura bagi menyertai Sukan SEA.


(d) (i) Pramusaji itu melayan para penumpang dengan sangat mesra sekali.
      - Pramugara itu melayan para penumpang dengan sangat mesra.

     (ii) Para-para peserta diminta bersedia untuk mendengar keputusan yang akan dikatakan sebentar lagi.
      - Para peserta diminta bersedia untuk mendengar keputusan yang akan diumumkan sebentar lagi.

     (iii) Penjaga di rumah Tan Sri itu tidak menyedari semasa rumah tersebut dimasuki pencuri.
      - Pengawal di rumah Tan Sri itu tidak menyedari semasa rumah tersebut dimasuki pencuri.


(e) (i) Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga.
      - air dicincang tidak akan putus.

     (ii) Bagai api dalam sekam
      - bagai gunting dalam lipatan

     (iii) Lain padang lain belalang
      - rambut sama hitam, hati lain-lain.

Comments

Popular Posts