JURNAL #18
JURNAL HARIAN
25 APRIL 2017
Alhamdulillah, dah ada wifi! Merana weh, bila dah terbiasa update blog lepastu tetiba takde wifi! Memandangkan masa cuma tinggal 20 minit ( aku kat kelas prep), aku cuma nak tulis blog untuk hari ini sahaja. Nanti kat bilik baru aku update pasal kem haritu, ok?
Jadi pagi tadi, aku bangun, solat, mandi, dan bersiap untuk ke perhimpunan pagi. Hari ini ada perhimpunan rasmi, aku pun tak berapa pasti kenapa tapi rasanya untuk bagi EXCO Sukan beri laporan mengenai kem. Tahu tak..... EXCO Multimedia dah buat video pasal kem tu.... Punyalah kami gelak bila video tu ditayangkan kat dewan serbaguna pagi tadi. Di hujung video tu, diorang dah rakam ucapan kem komander khas untuk kitorang. Sedih...... Dahlah hensemmmmmm ( ok abaikan aku 🤣🤣🤣).
Next, kami terus bergerak ke kelas Matematik. Aku dan Maryam mempersembahkan hasil kerja kami mengenai tugasan 'coordinate'. Tapi disebabkan rasa tak puas hati, kami minta dengan Cikgu Shamin untuk baiki semula tugasan tu dan hantar esok. Kemudian minum pagi dan untuk kelas bahasa melayu serta bahasa inggeris, cikgu tiada kerana ada 'meeting'.
Waktu bahasa melayu kami cuma duduk di makmal komputer asasi dan aku tulis jurnal untuk semalam. Untuk bahasa inggeris, kami sekelas lepak di buaian berhampiran makmal kimia dan main 'Truth or Dare' hingga waktu makan tengah hari. Kantoi lah juga beberapa rahsia aku selama ini.
Pada waktu petang, aku dan Alyaa bergerak ke kelas agak lambat namun mujurlah cikgu belum tiba. Untuk kimia, kami belajar mengenai topik menyelesaikan numerical formula. Aku sudah semakin faham selepas membuat latihan yang cikgu berikan kepada kami. Kemudian kami ke kelas biologi dan belajar mengenai nutrisi.
Itu sahaja jadi hari ini, aku harus bergerak ke dewan untuk solat Isya'. Semoga jumpa lagi!
-Baiti Husna
p/s: aku agak hyper malam ni, sebab tu rajin nak cerita dengan lebih detail.
Comments
Post a Comment