JURNAL #14

TIPS-TIPS PSIKOLOGI


18 APRIL 2017

Secara umumnya, hari ni tak banyak sangat benda menarik berlaku, maka, aku akan berkongsi tips-tips psikologi yang aku kumpul dari beberapa laman web seperti lifebuzz dan brightside. Aku sejujurnya sangat tertarik dalam bidang ni sebab dia macam, tips ni berkesan untuk hampir semua orang. Boleh kata 99% orang lah yang aku tengok, termasuk diri aku sendiri akan ada kesan terhadap tips-tips ini. Kadang-kadang, even orang tu sendiri tak sedar yang badan dia sedang bertindak balas terhadap kesan psikologi. Jadi, tanpa buang masa lagi, marilah kita sama-sama tengok tips-tips kat bawah ni.


1. Bila kau jumpa seseorang utuk pertama kali, cuba perhatikan warna mata seseorang. (Ini tips untuk buat eye contact yang lebih efektif.)

2. Perhatikan arah kaki seseorang bila sedang bercakap. Kalau torso (upper body) menghadap kau tapi kaki menghala ke arah lain maksudnya sama ada diorang nak putuskan perbualan tu atau diorang tak berminat dengan topik yang korang sedang bincang. Atau bila kaki diorang menghadap seseorang maksudnya diorang suka orang tu/ topik yang dia sedang cakap.

3. Bila sekumpulan manusia gelak, seseorang lebih cenderung untuk melihat ke arah orang yang paling mereka dekat / suka. Maka rajinkan lah diri tengok mata semua orang bila satu lawak menjadi. Kau akan belajar banyak dari situ.

4. Kalau kau rasa gementar atau takut, kunyah gula-gula getah. Bila kau makan, badan kau akan hantar signal ke otak yang kata "semuanya ok, aku tengah makan jadi tiada benda buruk yang akan terjadi". Kalau nak, sebelum public speaking ke, kunyahlah dulu. Kau akan rasa lebih selamat.

5. Tanda seseorang tu selesa dengan kau ialah dia tiru bahasa badan kau. (letak tangan kat pinggang, silang kaki waktu berdiri, dll)

6. Untuk ibu bapa, kalau nak bagi anak kecil makan sayur, jangan tanya, nak sayur tak. Sebaliknya, bagi diorang pilihan macam ni "nak 5 carrot ke nak 2". Diorang akan rasa macam diorang yang pilih sedangkan kau yang kawal keadaan tu. Tips ni boleh juga cuba untuk situasi lain.

7. Kalau kau nak minta seseorang tolong kau buat sesuatu, buat permintaan yang lagi besar dulu. Memang diorang akan tak nak, tapi lepastu baru kau minta yang betul. Diorang akan cenderung untuk setuju memandangkan diorang dah deny permintaan first kau tadi.

8. Kalau kau tahu seseorang akan cakap buruk pasal kau atau bagi arahan kat kau dalam sesuatu perjumpaan, beranikan diri duduk sebelah orang tu. Kebiasaannya, diorang akan rasa tak selamat nak 'serang' kau.

9. Memori kita lebih kuat terhadap perkara pertama dan perkara terakhir dalam sesuatu, sementara di bahagian tengah lebih blur. Jadi dalam interview ke, cuba jadi orang pertama atau terakhir.

10. Bila seseorang tengah marah, bertenang dan cuba untuk diam. Api kalau kau simbah minyak mesti lagi membara. Ye, mungkin diorang akan lagi marah, tapi tak lama lepastu diorang yang akan malu dan biasanya jadi orang pertama minta maaf.

11. Kalau kau minta jawapan dari seseorang tapi apa yang diorang jawab tak memuaskan hati kau, diam dan kekalkan eye contact. Orang tu akan rasa yang dia perlu bagi jawapan yang lebih baik dan dia akan teruskan cakap apa yang dia tengah cakap.

12. Masa tengah berjalan di tengah-tengah orang ramai, tengok ruang di antara orang dan tempat yang kau nak tuju. Orang yang perasan mata kau akan menyisih ke tepi. Try lah! Hampir setiap kali aku cuba, berjaya.

13. Orang tak ingat apa yang kau cakap, tapi apa yang kau buat dia rasa dengan kata-kata kau. Maka jagalah lidah... ( nota untuk diri sendiri jugak :P)

14. Untuk mendapatkan first impression orang terhadap kau yang baik, cuba untuk guna nama dia sebanyak yang mungkin dalam perbualan instead of encik, awak, dll. Kau akan nampak lebih mesra dan orang lain pun jadi selesa dengan kau.

15. Orang yang lebih bijak, otak dia lebih laju dan menjadikan tulisan dia lebih buruk. (ni kajian ok.)

16. Kalau kau rasa diperhatikan, menguap, tengok sekeliling  dan cari orang lain yang tengah menguap. Menguap berjangkit. Literally. Aku pun menguap tulis perkataan menguap banyak kali.

Jadi, macam mana? Cukup tak maklumat yang korang dapat? Ada banyak lagi sebenarnya, aku je yang tak mampu nak senaraikan semua sekali. InsyaAllah, lain kali, aku tulis pasal teknik psychology terbalik (read:reverse psychology) pula. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca blog ini!


-Baiti Husna
p/s: aku ada interview zakat ni, doakan aku ye!
p/s/s: maaf dah tak berapa nak baku. Tak tahu kenapa. :P



Comments

  1. aku punya lagila tk bakuweh
    silap haribulan A+ HAHAHAHAH

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts