JURNAL #19

JURNAL HARIAN


26 APRIL 2017

Assalamualaikum rakan-rakan sekalian!

Hari ini tak terlalu baik. Serius. Aku rasa mamai je sepanjang hari ni. Dahlah aku tertidur masa siapkan assignment semalam, ok lagi tau, sebab tu cuma assignment yang aku perlu baiki so boleh je hantar yang original tu terus, masalahnya, aku tertinggal pula atas meja! Nampak tak macam mana cuainya aku? Aduh.... belakang aku pun sakit sebab aku tertidur kat meja belajar. Kenapa hidup, kenapa????!!!! Ok, hiraukan yang tu.

Seterusnya berjalan dengan normal hinggalah waktu subjek jati diri. Waktu itu, Cikgu Jamaliah tidak dapat hadir dan beliau digantikan oleh seorang guru baru bernama Cikgu Azizi. Disebabkan semua orang terlalu malas untuk belajar, kami memutuskan untuk berkenal-kenalan sahaja ( ice-breaking). Cikgu Azizi bertanyakan  nama kami dan secara spontannya kami sekelas memutuskan untuk menukar-nukar nama. Nama aku, dari Noor Baiti Husna jadi Hamiezah. "Dekat" je kan?  

Kemudian, Cikgu Azizi menyuruh kami untuk melukis wajah kami di atas sehelai kertas menggunakan tangan yang tidak dominan, seterusnya menulis nama dan kata-kata mutiara di atas kertas yang sama. Lepas tu, kami disuruh untuk melipat kertas itu menjadi origami kapal terbang dan menerbangkan kertas masing-masing beberapa kali. Kami membuka kertas yang tiba paling hampir dangan kami. Aku dapat kertas dari Alyaa Munirah ( atau nama sebenar dia Maisarah🤣🤣) dengan quote, "HIDUP INI IBARAT RODA, SEKEJAP DI ATAS, SEKEJAP DI BAWAH. BERSYUKURLAH." 

Di hujung kelas, kami berkumpul keliling cikgu dan mengaku, "Cikgu, kami sebenarnya tukar-tukar nama," pastu kami sebut nama betul masing-masing. Punyalah kami semua gelak bila nampak cikgu gelak-gelak dan kata yang cikgu dah ingat semua nama dan muka yang salah tu. 🤣🤣🤣🤣🤣🤣.

Kelas bersurai dan kami rasa sangat happy sebab cikgu nampak sangat enjoy kelas dengan kitorang. Aww... :3 Sweet kan kitorang? In the end, semua orang happy :). 


-Baiti Husna
p/s: kami budak baik... 👼👼👼

Comments

Popular Posts