JURNAL #9

JURNAL HARIAN


12 APRIL 20117

Hari ini kami hampir tidak belajar langsung. Pada waktu Bahasa Inggeris dan Matematik, cikgu tidak dapat hadir ke kelas. Maka kami 14 orang pun mereputlah di dalam kelas. Tidur sudah, bersembang sudah, main pun sudah. 

Selepas minum pagi, kelas Sejarah yang diadakan di makmal komputer asasi juga agak santai. Cikgu Zaza meminta kami menjawab sedikit kuiz mengenai campur tangan British di Tanah Melayu. Kemudian sementara menunggu ahli kelas kami yang lain siap menjawab, cikgu membenarkan kami bermain permainan komputer untuk beberapa minit, barulah kami masuk semula ke dalam topik yang diajar.

Untuk mata pelajaran jati diri, kami bergerak ke pusat sumber kolej, namun masih tidak ada aktiviti kerana Cikgu Jamaliah sibuk dengan urusan lawatan rasmi Perdana Menteri ke sini Jumaat nanti. Aku mencapai sebuah buku dan membaca dengan agak khusyuk sehinggalah kami mencadangkan untuk bermain silent killer. Ada 4 pusingan, pusingan pertama hingga ketiga aku hanya sebagai rakyat biasa. Yang peliknya, ketiga-tiga pusingan itu aku orang pertama yang dibunuh. Hairan aku. 

Pusingan keempat, aku mendapat kedudukan sebagai pembunuh. Hingga sekarang aku masih tak puas hati. Aku dah bunuh seorang kawan sekelas aku, bukan sekali, bukan dua, TIGA kali aku kenyit mata! Dia tak mati juga! Akhirnya aku mengalah dan menyasarkan Alyaa. Tadi sewaktu pusingan kedua permainan ini dia bunuh aku, sekarang biar aku pula yang bunuh dia! Hahaaahahahahahahaha!! (okay, kejamnya😛😛😛) 

Kemudian petang tadi ada aktiviti kokurikulum unit beruniform dan kelab. Selain aku, ahli kadet polis yang lain dari tingkatanku ialah Wardina, Hamiezah, Anisah, Afiqah, Qistina, Munirah, Yasmin, dan Husna. Hamiezah tidak hadir kerana demam sementara Yasmin dan Husna hilang tanpa dapat dikesan. Aktiviti kami sepanjang 2 jam tadi hanyalah berkawad. Pelik juga, sudah berapa lama belajar pun masih gagal ingat langkah dan berapa kali patut hentak. Kesian Encik Azman terpaksa layan kerenah kami. 
Pukul 4, aku bergerak ke dewan makan untuk minum petang dan dalam perjalanan terserempak dengan Maryam. Selepas itu, aku, Maryam dan Alyaa bergerak pula ke bilik muzik untuk aktiviti kelab irama tradisional ( aku baru tahu singkatan untuk kelab ini ialah KEMATRA. Sedap kan bunyi dia? 😁😁) Kami belajar main gambus, harmonika, darbuka dan gendang. Tak susah mana pun, tapi aku masih tak dapat bunyi yang betul. Itu baru belajar main intro lagu Ya Salam, belum lagu penuh dia lagi. Tak mengapa, Cikgu Hafis pakar main gambus😆😆.

Sampai sini sahaja jurnal aku hari ini, moga jumpa lagi!


-Baiti Husna
p/s: moga cepat sembuh, Miejah! Panjang juga jurnal hari ni 🤣🤣



Comments

Popular Posts