JURNAL #6
JURNAL HARIAN
9 APRIL 2017
Hai, melepas pula Hari Keusahawanan tadi.... Aku terbangun sekitar pukul 2.30 petang kerana semalam aku tidak dapat melelapkan mata hingga pukul 5 atau 6 pagi! Aku pun tak begitu pasti memandangkan aku malas hendak bangun semata-mata untuk melihat jam. Sudahlah aku tiada jam loceng, telefon pintarku pula tertinggal di dalam beg galas Maryam. Aahhhh, terpaksa pula tunggu tahun hadapan!
Kata Alyaa dan Athirah, jualan kami menjadi tetapi sedikit kelam-kabut kerana 1 daripada 2 mesin buat hal.
Bagaimanapun alhamdulillah, sekurang-kurangnya kami (mereka ;-;) mendapat pengalaman yang berbaloi. Sebenarnya tadi aku sedikit bergegas, kerana harus membantu Ruby (rumah sukanku) mengemas kembali kelas yang mereka guna untuk rumah hantu. Walaupun tidak banyak membantu tetapi kurang lah sikit tugas mereka. Selepas itu aku bergegas pula ke dewan mekan kerana telah berjanji dengan beberapa orang rakanku untuk berbincang mengenai tugasan subjek seni persembahan.
Kemudian aku bergerak pula ke kafeteria untuk membantu mereka (pelajar perempuan batch aku) menyiapkan tempahan waffle yang masih berbaki.
Barulah pulang ke bilik dengan aman....
-Baiti Husna
p/s: seram sejuk woo...
Comments
Post a Comment