LATIHAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA 1

(a) (i) ikhtisar - Entri yang ditulis olehnya itu mengandungi ikhtisar sejarah tamadun manusia.
     (ii) ikhtisas - Antara contoh badan ikhtisas di Malaysia dalam bidang perakaunan ialah ahli Institut Perakaunan Malaysia.
     (iii) menyekat - Pegawai imigresen telah berjaya menyekat kedatangan pendatang asing dari luar negara.
     (vi) menyumbat - Mereka menyumbat makanan ke dalam mulut angsa-angsa itu menggunakan paip.
     (iv) tembok - Raja itu telah membina tembok yang memisahkan kerajaannya dengan kerajaan lain.
     (v) tebuk - Lubang di atas polisterin itu bukan dia yang tebuk.


(b) Banyak remaja terlalu mengejar kebebasan. Mereka sanggup menjual maruah kepada orang lain. Mereka sebenarnya tahu bahawa perbuatan mereka itu adalah salah.  Pihak berkuasa seperti polis dan pengawai pencegah maksiat memberi amaran kepada mereka. Kegiatan mereka itu patut dihentikan segera. Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas termasuk menangkap mereka. Mereka sanggup menggadaikan maruah kepada orang yang tidak bertanggungjawab. Mengikut undang-undang yang sedia ada, remaja tidak boleh melakukan aktiviti sosial yang negatif. Mereka digalakkan melakukan aktiviti yang sihat.

Banyak remaja terlalu mengejar kebebasan hingga sanggup menjual maruah mereka kepada orang lain meskipun mengetahui bahawa perbuatan mereka itu adalah salah. Pihak berkuasa seperti polis dan pegawai pencegah maksiat memberi amaran kepada mereka untuk segera memberhentikan kegiatan itu, dan akan mengambil tindakan tegas termasuk menangkap mereka. Mereka sanggup menggadaikan maruah kepada orang-orang yang tidak bertanggungjawab sedangkan mengikut undang-undang yang sedia ada, remaja tidak boleh melakukan aktiviti sosial yang negatif sebaliknya digalakkan melakukan aktiviti yang sihat.


(c) (i) Pada abad yang serba maju ini, muncul pelbagai masaalah dalam masyarakat dan kadangkala mencapai tahap yang dibimbangkan. 
     - Pada abad yang serba maju ini, muncul pelbagai masalah dalam masyarakat dan kadangkala mencapai tahap yang membimbangkan.

     (ii) Antara kebaikan berkerja sendiri adalah kebebasan untuk memilih tempat kerja dan membuat keputusan. 
      - Antara kebaikan bekerja sendiri adalah kebebasan untuk memilih tempat kerja dan membuat keputusan.

     (iii) Zat protin boleh terdapat daripada telur, ikan, susu dan daging.
        - Zat protein boleh didapati daripada telur, ikan, susu dan daging.


(d) (i) Setiap pelajar-pelajar yang mengikuti seminar itu diminta mengecamkan struktur ayat yang menyalahi hukum tatabahasa.
        - Setiap pelajar yang mengikuti seminar itu diminta mengecamkan struktur ayat yang melanggar hukum tatabahasa.

     (ii) Semua kotak-kotak itu sudah mereka bawa dari dalam van. 
       - Kotak-kotak itu sudah mereka bawa ke dalam van.

    (iii) Pihak yang melemparkan ulasan itu sebenarnya mengambil berat kepada segala kepincangan yang berlaku.
      - Pihak yang menyatakan ulasan itu sebenarnya mengambil berat terhadap segala kepincangan  yang berlaku.


(e) Aku dengan Anzalna bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa di adapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Anzalna telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Anzalna sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku sudah tidak mempercayai dirinya lagi.

1. Bagai isi dengan kuku.
2. Mulut tempayan.
3. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.


Comments

Popular Posts