JURNAL #10
JURNAL HARIAN
13 APRIL 2017
Serius lah, kenapa rasa macam minggu ni tak banyak belajar? Assignment pun macam tiada (ada sebenarnya, tapi sikit kalau nak bandingkan dengan minggu-minggu biasa...).
Jadi pagi ni, sekali lagi aku dan Alyaa bangun lambat. Niat hati semalam nak puasa, tapi pagi tadi dalam kelam-kabut aku buka laci, ambil biskut Lexus coklat sepeket, makan. Masa berjalan ke dewan serbaguna baru ingat. Tapi tak mengapa, boleh puasa lagi sebab baru ingat. Tapi disebabkan masa tu aku masih mengunyah, aku telan biskut tu.... Dah batal puasa🤣🤣🤣.
Selepas perhimpunan pagi, aku bergerak ke kelas Pendidikan Agama Islam. Hari ini giliran Wardina untuk membentangkan topik yang dia dapat minggu lepas. Tapi disebabkan Ustazah Su masuk lambat, aku ingat ustazah tak datang, sibuk dengan persediaan esok ke, jadi aku pun tidur. Bila kawan aku kejut, semua orang tengah berdiri baca doa. Alamak, ustazah dah masuk ke?! Cepat-cepat aku bangun pergi tandas hendak cuci muka.
Kemudian di kelas Bahasa Melayu, kami 'dihadiahi' seketul assignment iaitu tulis sebuah memorandum mengenai bantahan terhadap kedudukan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat.
Untuk mata pelajaran falsafah, Dr Sakinah tiada. Selepas minum pagi, Madam Dee yang mengajar Bahasa Inggeris terpaksa ke pusat kesihatan untuk menerima rawatan. Kemudian kami ke dewan serbaguna untuk Pendidikan Jasmani. Kami main badminton sehinggalah makan tengah hari.
Malangnya, petang tadi aku terlajak tidur dan ter'skip' kelas Fizik dan sesi kaunseling aku. Sebentar tadi Alyaa memberikan aku latihan yang cikgu berikan untuk Fizik.
Sekian sahaja jurnal hari ni, aku mahu siapkan assignment Bahasa Melayu. Esok kena hantar....
-Baiti Husna
p/s: ini kali pertama aku tulis blog sewaktu kelas prep 😀.
Comments
Post a Comment