JURNAL #16

JURNAL HARIAN


20 APRIL 2017

Okay, di mana patut aku mula? Harin ini berjalan seperti biasa, belajar, belajar, dan belajar, hinggalah waktu Pendidikan Jasmani. Kami sekelas main badminton seperti biasa dan sesungguhnya, aku bangga kerana telah hampir all-out tadi (tapi masih noob, all-out pun tahap cikai je😝😝). Kemudian petang, kelas fizik dan matematik. Selepas minum petang, aku, Maryam dan Alyaa main badminton di dewan serbaguna. 

Ingat tak minggu lepas aku ada cakap pasal assignment yang sikit dari biasa? Seperti yang aku jangka, minggu ni kami dapat baaaaanyaaaaakkkkk assignment. Biology ada, kimia ada, fizik, matematik, bahasa melayu, bahasa inggeris, pendidikan islam. Adoiiii....... Banyak pula yang kena hantar esok. ADOIIII......

Ok, assignment tolak tepi dulu. Aku sekarang tengah dalam mood excited gila sebab kami akan menyertai kem kokurikulum di Sri Raudah, Gombak!!!! Beza dengan tahun ini, tahun lepas kami buat kat sini je. Jadi, teruja dia, MasyaAllahh..... Dahlah dah lama aku tak buat benda lasak macam ni. Rasanya kali terkahir aku berkhemah masa darjah 5 sebab ada kem pengawas sekolah agama. Itu..... emmm.....3 tahun lepas?!

Hahahaha, excited pun, barang tak kemas lagi. Esok bertolak pukul 3 petang. Malasnya nak bangun kemas barang.....


-Baiti Husna
p/s: Baiti, pergi buat assignment, Baiti....
p/s/s: entri ni ditulis sambil makan char kuey teow yang Kak Jessy bagi tadi. Terima kasih Kak Jessy! 😋😋😋
p/s/s/s: oh, btw, aku akan skip tulis jurnal untuk erm....2 hari. Tapi insyaAllah aku akan update jugak sedikit sebanyak aktiviti kat kem nanti.

Comments

Popular Posts