JURNAL #15

JURNAL HARIAN


19 APRIL 2017

Hai hai semua! Jadi hari ni berjalan dengan normal, perhimpunan pagi, kelas Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Jati Diri dan prep, kemudian makan tengah hari. Oh, petang tadi aku ada temuduga untuk memohon zakat. Malangnya, penemuduga aku belum boleh putuskan nak luluskan atau tak sebab ada dokumen aku yang tak lengkap😫😫. So nanti dia akan tengok balik lepas aku dah lengkapkan.

Tadi, lepas solat Maghrib ada rollcall di dewan serbaguna. Cikgu Fadzil cuma minta nama pelajar yang tidak menyertai kem kokurikulum lusa atau pelajar yang ada masalah kesihatan. Kemudian pelajar perempuan bergerak ke surau perempuan untuk rollcall dari Puan Haniah. Ada kes kecurian, jadi kami perlu lebih berhati-hati selepas ini. 

Itu sahaja yang jadi hari ini, tapi aku nak kongsi a bit of apa yang aku tengah fikir. Insyaallah, selagi aku mampu, aku akan cuba update blog ni sampai aku besar. Cuba bayangkan, lagi beberapa tahun, aku baca balik entri-emtri yang aku tulis sekarang termasuklah entri ni. Mesti seronok dan rasa macam, oh, aku pernah lalui benda sehebat ni. Bila dah masuk universiti dan baca balik, mesti akan gelak-gelak dan kutuk gaya penulisan aku yang sangat noob🤣.

Alahai, sedar tak sedar, aku dah form 2 tahun ni. Rasa macam baru minggu lepas aku ambil ujian UKM1 dan UKM2. Rasa macam baru je aku pergi pekhemahan cuti sekolah. Rasa macam, semua benda yang jadi masa aku form 1 dulu baru je jadi semalam! Serius lah, lajunya aku membesar. Ingat lagi dulu kat rumah lama aku dan abang selalu main dalam longkanglah, tangkap berudulah, main askar-askar (maaf, aku membesar dengan kakak yang habiskan masa di asrama dan 3 orang abang yang selalu kat rumah. Kau rasa perangai aku ikut kakak ke abang?🤣🤣🤣🤣) 

Nanti pejam celik pejam celik, dah ambil SPM, masuk universiti (insyaAllah...Amiinn...). Argh, kejapnya! Apa yang aku buat sepanjang 14 tahun aku hidup ni? 🤣🤣. Aduhh... aku rasa sampai sini sahaja entri kali ini. Moga jumpa lagi!


-Baiti Husna
p/s: 2am thought oleh otak yang  tak boleh tidur.
p/s/s: Nostalgiknya....rindu😢
p/s/s/s: Kepada diri sendiri yang sedang baca balik blog ini, apa khabar? 😝


Comments

Popular Posts