JURNAL #3
JURNAL HARIAN
6 APRIL 2017
Pada hari ini, seawal jam 8 pagi, aku dan rakan-rakanku sudah berada di auditorium. Dari apa yang kami diberitahu, akan diadakan bengkel menjawab soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Ceramah tersebut disampaikan oleh seorang penceramah yang menarik, bernama Encik Ali Akbar, bekas pensyarah universiti. Di awal ceramah, kami diajar cara mengaktifkan otak kiri dan kanan. Selain itu, teknik mengulang kaji yang berkesan, latihan pernafasan, teknik bacaan laju dan penggunaan akronim sewaktu mengingati fakta juga telah diajar. Ceramah berehat sebentar untuk rehat dan makan tengah hari.
Sepanjang rehat itu, aku dan Maryam berada di makmal komputer untuk mencetak tugasan jati diri kami. Komputer riba Maryam mngalami sedikit masalah lantas sedikit melambatkan pergerakan kami. Selepas itu, kami solat Zohor di surau blok pentadbiran dan terus bergerak semula ke auditorium.
Pada waktu petang, Encik Ali Akbar mengajar cara membuat peta minda dengan tangkas dan latihan memantapkan fokus. Aku hampir gagal sewaktu latihan fokus kerana baru 5 minit latihan dimulakan sudah banyak perkara yang berhasil mengganggu tumpuanku. Kata beliau, jika latihan ini dijalankan selama 20 minit tanpa henti, kesannya sama seperti tidur selama 6 jam. Betulkah? Memandangkan aku seekor burung hantu, aku sangat teringin untuk mencuba latihan itu. Cuma belum ada kesempatan sahaja. Jika berjaya, alamatnya tidak tidurlah aku selepas ini.
Itu sahaja yang aku mampu kongsikan hari ini. Sekian, jumpa lagi!
-Baiti Husna
p/s: jika 20 minit fokus bersamaan dengan 6 jam tidur, meditasi berjam-jam tu bagaimana? Entah-entah seperti tidur sehari.. -otak belah kanan yang malas mengira.

Comments
Post a Comment