JURNAL #7
JURNAL HARIAN
10 APRIL 2017
Hari ini tidak bermula dengan terlalu baik. Aku dan Alyaa terbangun lambat. Sudahlah ada perhimpunan rasmi, mujurlah sewaktu kami tiba perhimpunan belum dimulakan.
Kelas pertama pun sudah (hampir) dimarahi oleh Sir Kamarul. Mana tidak, satu kelas lupa mengenai tugasan yang dia berikan pada minggu lepas. Nasib baik masa habis dan kami terus bergerak ke kelas Pendidikan Agama Islam dan tahu tak, aku berjaya dapat A+ untuk subjek itu! Selepas minum pagi, kami bergerak untuk kelas prep dan seterusnya kelas seni persembahan.
Kumpulan aku membentangkan hasil tugasan kami iaitu empat orang dari kami membaca sajak manakala seorang lagi bermain piano. Sebenarnya kami diberi tugasan itu kerana tidak dapat membuat persembahan bersama mereka yang lain sewaktu Hari Anugerah jadi tugasan ini adalah sebagai markah kami. Berjalan dengan agak baik, sekurang-kurangnya lebih baik dari apa yang aku sangkakan. Seterusnya berjalan seperti biasa hinggalah malam...
-Baiti Husna
p/s: aku sebenarnya nak cepat ni, maka sedikit barai penulisan aku.
Pe aaa BARAIIII
ReplyDeleteBARAIIIII
DeletePE AAA TAKDE QUOTESSS !!
Deletewuote
Deletewuote
wuote
Shadap
Delete