JURNAL #1
JURNAL HARIAN
4 APRIL 2017
12.30 a.m.
Aku sedang berbaring di katil sambil membaca mesej-mesej yang penting. Hatiku sebenanrnya sedikit terkilan mengenangi peristiwa sebentar tadi. Aku sedang berbual kosong dengan tiga lagi sahabatku, Maryam, Alyaa dan Athirah. Mereka kelihatan lupa benar bahawa hari itu hari lahirku. Aku kembali ke alam realiti. Aku pandang ke arah kanan, dilihat teman sebilikku sedang tidur dengan nyenyak. Aku sudah meletakkan kembali telefon pintarku ke atas meja, lantas bersiap sedia untuk tidur. Namun mataku langsung tidak terasa penat. Aku menukar posisi tidurku, mencari yang paling selesa kerana badanku sedikit letih malam itu.
Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pintu di bilikku. Aku hairan, memandangkan jarum jam sebentar tadi menandakan sudah hampir 12.40 pagi. Tombol pintu dibuka. Empat orang sahabatku yang juga rakan searasku, Alyaa, Afiqah, Batrisyia dan Anisah masuk ke dalam bilikku sambil menyanyikan lagu 'happy birthday' kepadaku. Aku bingkas duduk. Mereka bertepuk tangan dan menghulurkan kepadaku sebuah balang kaca bersaiz sederhana kecil yang dibalut dengan kertas berwarna coklat. Aku mempamerkan riak teruja, tiada kata yang mampu ku ucapkan. Tiada air mata yang mampu keluar dari tubir mataku. Mereka duduk di atas katilku. Kata mereka, mana mungkin mereka lupa tarikh ini. Aku hanya mampu tersenyum riang, ibarat mimpi jadi kenyataan.
Aku membuka bungkusan itu dengan berhati-hati. Aku hampir menjerit apabila melihat berpuluh-puluh gulungan kertas yang terdapat di dalam balang itu. Setiap satu daripadanya tertulis ucapan ringkas dari hampir semua pelajar tingkatan 2. Setiap ayat yang ditulis memberi makna yang sangat mendalam terhadapku. Semua ucapan tersebut memberi sinar dan senyuman ikhlas dari dalam diriku.
Sepanjang hari itu, aku menerima banyak ucapan dari sahabat-sahabatku.
Aku tidak pernah rasa sebegini dihargai oleh rakan setingkatanku. Sejarah hitamku di sekolah rendah menjadikan aku takut untuk bersemuka dengan orang ramai, walaupun mereka yang sama tingkatan denganku. Aku sejujurnya bersyukur dimasukkan ke sekolah ini dan dikurniai rakan sebaik mereka. Aku sayangkan mereka. Aku sering berasa hiba apabila mengingati bahawa kami akan berpisah jua selepas tamat sekolah menengah kelak. Namun, aku sering diingatkan, masa akan tetap berlalu, maka nikmatilah setiap saat bersama mereka.
-Baiti Husna-
Happy Sweet 14!

Comments
Post a Comment