JURNAL #13

JURNAL HARIAN


17 APRIL 2017

Hai hai semua! Sekali lagi, aku sedang menulis blog di kelas prep sebab aku tahu, kat bilik nanti aku akan  melagha. Hari ini dimulai dengan aku terbangun lambat lagi, dan hampir menjerit sebab semalam aku tertidur masa tunggu giliran nak gosok uniform Isnin. Maka pagi tadi jadi The Flash lah aku sekejap. Sewaktu kelas research, Sir Kamarul tiada dan beliau telah meninggalkan nota yang mengarahkan kami pergi ke pusat sumber untuk 'self-study'. 

Untuk kelas PAI, hari ini giliran Jufry untuk membentangkan topik yang dia dapat, topik Ajaran Sesat dan Syiah. Tanpa slide atau alat bantuan mengajar, dia membentangkan cuma guna suara dan komunikasi dengan audiens. Bagi aku lah, secara personal, cara dia bentangkan lebih nampak kurang formal (dalam konteks yang baik) dan lebih santai. Ada lah ustazah tambah-tambah info pasal topik yang kami bincang tu. Selepas minum pagi, kami prep di kelas Cikgu Zaza. 

Bila Maryam memberitahu sewaktu prep yang kelas Seni Persembahan akan diadakan di foyer auditorium bersama Mr Cam, tindak balas kami macam, TIDAAKKKKKK!!!!! Serius aku tak nak! Tapi apakan daya, kami bergerak juga ke auditorium. Dari jauh terlihat Mr Cam sedang duduk bersantai di atas sofa di foyer itu.  Mulalah patah hati dan rasa teringin nak patah balik. Aku rasa macam tengah disedut ke dalam 'blackhole' nun di angkasa sana. Kelas SP sudahlah dua jam, aku merungut dalam hati ( maaf, dalam hati je mampu🤣).

Dari foyer auditorium, lepas kami tunjuk lagu yang kami dah pilih waktu kelas sebelum ni kepada Mr Cam, kami naik tangga ke bilik atas. Adalah berlaku gaduh sikit sebab dia kata, kami tak akan boleh menari lagu tu. Laju sangat katanya. Tapi lagu pilihan Mr Cam lagi susah sebab banyak beat drop dan gerakan yang tiba-tiba. Jadi habis dalam setengah jam la jugak sebab lagu sahaja. Kami berpecah kepada kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan. Berlatih apa semua, 12.30 pun akhirnya! Kami kemas barang dan bersiap untuk turun.

Auditorium ada tiga tingkat, bilik atas, foyer dan bahagian bawah tanah. Foyer dan bilik atas dihubungkan dengan lif dan ada tangga tapi kalau nak ke bilik bawah tanah cuma boleh guna lif. Dari cerita orang, tahulah aku yang bilik bawah tanah tu 'keras'. 

Kisahnya, masa nak turun tu, kami memutuskan untuk guna lif instead of tangga. Lagipun bukan selalu, kan? Kami pun masuk dalam lif berpintu kaca tu. Tapi overload, jadi setengah dari kitorang turun, tinggallah aku, Maryam dan Zhi dalam lif. Pintu lif tertutup dan kami bertiga baru tersedar bukan butang tingkat satu je yang menyala, tapi butang tingkat  kosong sekali! Dah terlambat! Kami rasa macam lif tu akan skip tingkat satu dan terus ke tingkat bawah tanah. Maka apa lagi, melolong lah!

"AAAHHHHHHH!!!!!! BUKAK PINTU BUKAK PINTU!!!!!"
"MAKKKKK!!!! JANGAN!!!!!!" "AHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Macam nak menangis pun ada! Lif tu turun perlahan-lahan. 
Dup dap dup dap dup dap dup dap dup dap. Masa lif kat tingkat satu, laju gila jantung aku berdegup. Dari pintu kaca tu, nampaklah mereka yang lain, Alyaa, Wardina, Fathimah dan Diana dah ada kat depan pintu tu. Aku mengucap dalam hati banyak kali. 

Lif berhenti. Pintu terbukak.

Kami bertiga meluru keluar sambil menjerit gembira. YA ALLAHH, TAUBAT NASUHA AKU, TAKKAN NAIK LIF TU DAH! "ALHAMDULILLAH! DAH SELAMATT!!!" terdengar kami menjerit.

Eh kejap, apa jadi kat lif tu?

Kami tengok lif tu turun ke bawah. Biarlah, janji tak kacau kitorang dah!

Kemudian kelihatan Erein dan Farah turun guna tangga. Kami berjalan ke dewan makan dan makan tengah hari bersama-sama.


-Baiti Husna
p/s: AKU HAMPIR MATIIII MASYAALLAH!


Comments

Post a Comment

Popular Posts