JURNAL #4

JURNAL HARIAN


7 APRIL 2017

Hari ini berjalan seperti biasa. Cumaa sbentar tadi, selepas solat Maghrib dan Isyak di dewan serbaguna, 'roll call' mengejutkan diadakan. Hairan juga, jarang sekali 'roll call' diadakan pada hari Jumaat. Roll call kali ini tidak dikendalikan oleh warden dan felo, sebaliknya hanya MTP sahaja yang terlibat. Rupanya ada sedikit pengumuman mengenai Kem Kokurikulum dan status Hari Terbuka dan Hari Keusahawanan kerana ada beberapa kontroversi (ecewahh) seperti Hari Terbuka dibatalkan. Ada yang mengatakan kedua-dua Hari Keusahawanan dan Hari Terbuka dibatalkan. Ada yang kata tidak. Entahlah dari mana mereka dengar. Tak faham aku. 

Maka keputusannya, diumumkan Hari Terbuka sahaja dibatalkan, sementara Hari Keusahawanan masih diteruskan. Nampaknya, aku dan Maryam perlu 'outing' lah esok. Memeang kami berdua merancang untuk 'outing' esok kerana ingin membantu pelajar Asas 1 memasukkan duit ke dalam akaun mereka. 

Malam itu, sewaktu minum malam, pelajar perempuan batch aku berbincang di dewan makan mengenai jualan kami. Kami sememangnya telah merancang dari awal untuk menjual waffle semasa Hari Keusahawanan. Kerana dewan makan ditutup awal (malam minggu), kami bergerak ke surau perempuan dan menyambung perbincangan di sana. Kami tamatkan perbincangan lebih kurang pada jam 11.40 malam setelah mencapai kata sepakat.


-Baiti Husna
p/s: Mungkin pelik sikit, tapi waffle tersebut akan disediakan dalam 3 warna, asli, coklat dan merah jambu :3.

Comments

Popular Posts