LATIHAN PERCUBAAN SPM TERENGGANU - KERTAS 2 - TATABAHASA

a) (i) hati - Hati Aiman sakit mengenangkan peristiwa itu.
    (ii) perhatian - Pelajar bermasalah itu memerlukan perhatian yang khusus.
    (iii) pemerhatian - Tulis sebuh pemerhatian mengenai eksperimen ini.
    (iv) pandang - Kita perlu pandang ke kiri dan kanan sebelum melintas jalan.
    (v) pandangan - Pandangannya sangat profesional dan matang dalam hal itu.
    (vi) pemandangan - Pemandangan dari puncak bukit itu sangat cantik.

b) (i) Abang saya pegawai di pejabat itu. - FN + FS
    (ii) Gadis yang berbaju kurung itu sangat cantik. - FN + FA
    (iii) Pemuda yang kacak itu ke pejabatnya dengan menaiki kereta. - FN + FK
    (iv) Petani itu menjual hasil tanamannya di pasar. - FN + FK
    (v) Tengku Saudat daripada keluarga bangsawan. - FN + FS
    (vii) Faridah pelakon drama Anakku Dah Balik. - FN + FN

c) (i) Semua data kemasukan pelancong asing ke negara kita akan dikemas kini bagi mudahkan pihak penguatkuasa mengesan pelancong yang melakukan kesalahan jenayah.
 - Semua data kemasukan pelancong asing ke negara kita akan dikemas kini bagi memudahkan pihak penguat kuasa mengesan pelancong yang melakukan jenayah.
   (ii) Oleh sebab Nizam amat meminati profesyen keguruan, dia telah hadir untuk bertemu duga di Kementerian Pendidikan Malaysia.
 - Oleh sebab Nizam amat meminati profesion keguruan, dia telah hadir untuk ditemu duga di Kementerian Pendidikan Malaysia.
   (iii) Aktiviti ko-kurikulum seperti bersukan, berkawad dan berkhemah dapat membentuk nilai pemimpin yang utuh dalam kalangan pelajar di sekolah.
 - Aktiviti kokurikulum seperti bersukan, berkawad dan berkhemah dapat membentuk nilai kepimpinan yang utuh dalam kalangan pelajar di sekolah.

d) (i) Sejak kebelakangan ini, pasukan nasyid Ar-Rijal telah banyak mendapat undangan untuk mengadakan pertunjukan di sekitar daerah Dungun.
 - Sejak kebelakangan ini, kumpulan nasyid Ar-Rijal telah banyak mendapat undangan mengadakan pertunjukan di sekitar daerah Dungun.
   (ii) Novel Kasihku Kasihmu Jua mendapat sambutan luas apabila berada di pasaran sejak daripada hari pertama dilancarkan.
 - Novel Kasihku Kasihmu Jua mendapat sambutan hangat apabila berada di pasaran sejak hari pertama dilancarkan.
  (iii) Berbagai reaksi ditunjukkan oleh pelajar di dalam kelas itu apabila Cikgu Jamal menyapa mereka yang berbuat bising sehingga mengganggu proses pembelajaran.
 - Berbagai-bagai reaksi ditunjukkan oleh pelajar di dalam kelas itu apabila Cikgu Jamal menegur mereka yang berbuat bising sehingga menggaggu proses pembelajaran.

e) (i) Meninggi diri - Pelajar yang gemar meninggi diri itu akhirnya insaf setelah menerima pengajaran yang berguna.
    (ii) Seperti lembu dicucuk hidung - Kerana sikapnya yang seperti lembu dicucuk hidung, dia terjebak sama dalam gejala sosial.
    (iii) Duduk sama rendah berdiri sama tinggi - Kerana kebijaksanaan pemimpin, sesebuah negara mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju lain.

Comments

Popular Posts