JURNAL #24
JURNAL HARIAN
2 MEI 2017
Assalamualaikum dan hai pembaca sekalian!
Biasa aku tulis jurnal waktu prep kat kelas 12 fasa 2 di kerusi dan meja yang sama, kan? Cuba teka aku kat mana sekarang. Masih di waktu prep tapi aku kat atas katil kesayangan!! Cerita dia, blok kelas yang aku duduk tu, blackout. Habis gelap satu blok. So adalah antara kitorang yang tanya EXCO dan EXCO kata felo beri kebenaran duduk bilik. Akhirnya!
Hari ini, ada perhimpunan rasmi dan pakai uniform Isnin. Lepas habis assembly, kitorang gerak ke kelas Matematik, minum pagi, prep, Bahasa Melayu dan untuk Bahasa Inggeris disebabkan Madam Dee takde, aku gerak ke library. Kosong! Serius takde orang. Aku dan zil je yang gerak ke library sementara orang lain cuma lepak kat kelas. Lepastu kitorang pergi lunch, makan lauk daging masak apa aku tak ingat😜😜.
Pastu, tengah hari tadi, aku tengah siapkan assignment. Aku bercadang nak turun pukul 3 terus sebab pukul 2-3 tu aku prep. Tiba-tiba, pukul 2.30 petang, Oya datang bilik aku dan cakap kita ada kelas biologi. Aku dengan masih pakai T-shirt nya, solat zohor pun belum. Nasib baik kerja sekolah dah siap. Cepat-cepatlah kitorang turun dan aku solat zohor lepas balik dari kelas Chemist. Balik tu astaga.... elektrik takde pulak! Rumet aku bukak pintu untuk bagi udara masuk. Nasib baik kejap je.
Aku sekarang ni, tengah dalam mood nak share satu teori konspirasi (ecewahh) mengenai sekolah yang aku duduk sekarang, Pusat PERMATApintar.
Teori yang dikemukakan oleh Prof. Dr. Thoriq Azziad (masyaAllah..... apebenda ni Baiti🤣🤣🤣🤣 ) berbunyi lebih kurang seperti:
"PERMATApintar bukanlah tempat untuk pelajar yang genius semata-mata, TETAPI, untuk pelajar yang berjaya dikesan abnormaliti di dalam otak mereka melalui tiga ujian online, satu ujian bertulis serta perkhemahan cuti sekolah yang direka khas oleh pakar neurosains. Pelajar yang dikesan dengan abnormaliti tersebut diterima masuk ke tempat ini sementara pelajar yang otaknya normal layak meneruskan pengajian di sekolah biasa. Pelajar 'tidak normal' ini ditanamkan satu mindset iaitu mereka adalah pelajar yang genius. Tingkah laku dan tindak balas mereka dipantau dari jauh."
So apa korang rasa? Betul ke? Sebab tak dapat dipastikan kesasihannya, teori ini kekal sebagai teori semata-mata.
-Baiti Husna
p/s: ahhahhahahhahah Thoriq Azziad tu abang aku, saja aku letak Prof. Dr. kat nama dia, bagi nampak elit sikit 🤣🤣🤣.
p/s/s: acah gila aku hahahahhahhahhahaahah
p/s/s/s: teori tu betul-betul dikemukakan oleh abang aku, k.
Comments
Post a Comment