JURNAL #26

JURNAL HARIAN


7 APRIL 2017

Assalamualaikum! Hahhahahahahahahahah dah lama gila aku tak update blog. Sorrylah, tak mampu....
Pape pun, ada benda menarik jadi kat aku weekend haritu. Kisahnya, weekend tu, minggu outing. Aku n Maryam pun rancanglah nak outing pergi PBAKL. Walaupun aku dah pergi haritu, tapi macam tak dapat explore sangat. Maryam pun takde kawan nak pergi sana. Niat dia nak jumpa mak dia sekali kat sana sebab mak dia nak hantar spek dia yang baru siap.

Kitorang pun tempahlah Jom Tumpang pergi KTM UKM. Dari situ kitorang naik straight ke Hentian Putra dan berjalan kaki ke bangunan PWTC tu. Nasib baik ada jejantas so takdelah kitorang kena lintas jalan besar tu. Bahaya...😌😌😌

Dah sampai PWTC, kitorang round floor bawah dulu. Adalah aku jumpa satu buku ni aku berkenan, maka buku itu kini menjadi milikku hahahahahahahahahahahah. Kitorang jumpa mak dia kat floor paling atas. TIBA-TIBA *dumdumdummmmmmm (muzik suspens)* mak dia kata, mak dia lupa bawak spek tu. So kena balik rumah dia hahahahhaahahhahaa. Mak dia pun pelawa aku sekali.

Maka kitorang balik ke rumah  Maryam yang terletak di Saujana Utama. Rumah dia 2 tingkat, memang seronok ah. Lepastu kitorang rehat kejap,solat apa semua, [etang tu dia kata nak tunjuk aku satu benda. Aku ikut je ah. Kau tahu Jah, dia bawak aku naik ke tingkat paling atas rumah dia yang kalau kau nak naik kau kena naik tangga yang lipat tu!!! Dari situ nampak sekolah, Bukit Saujana, best, serius best! Lawa lak tu! Aduiii....

Anyway, malam tu, dia ajak aku pergi car-boot sale yang diadakan setiap malam Sabtu kat sebuah kawasan lapang.Dekat je tempat tu. Mak dia hantar kitorang gi sana naik kereta and kitorang jalan kaki balik.Kat situ, kitorang beli satu mainan monyet (mewakili budak-budak perempuan kelas aku yang kitorang panggil babuns) dan satu hadiah khas untuk kawan kitorang, pokok kaktus, earphone ( TQ MARYAM!), dan lasagna mac n cheese untuk mak dia.

  Pastu, kiotrang ingat  nak pergi kedai nak beli chewing gum. Jalan la lagi lebih kurang 500 m camtu gi kedai. Tapi takde chewing gum, so kitorang end up beli dua batang aiskrim Malaysia and jalan kaki balik. Sampai je rumah dia, kitorang bagi mac n cheese tu kat mak dia, tapi rupanya, mak dia pun ada beli jugak, so dia bagi mac n cheese tu kat kitorang untuk kitorang makan kat atas.

Malam tu, aku dan Maryam tengok movie yang aku bagi 5 star, "LUCY". Aku tak pernah tahu pasal movie tu sampailah Maryam tunjuk kat aku. (Kepada yang nak tengok movie tu, sila siap-sediakan mental dan fizikal anda kerana anda akan di'mind-blown'kan 😜😜).

Esoknya, sepupu Maryam yang baru balik bercuti dari Canada singgah rumah dia. So kitorang lunch dengan dia. Pastu, pergi kedai beli sedikit barang dan balik rumah. Cakap 'bye' kat sepupu dia sebab sepupu dia dah nak gerak, pastu kitorang tertidur. Ingat nak gerak balik Permata pukul 3.30 petang, ended up tertidur sampai kul 6 🤣🤣🤣. Terus kitorang bersiap, makan nasi (sedap gila lauk ikan siakap tiga rasa mak dia masak!), dan gerak.

Sampai KPP lebih kurang pukul 9 malam. Boek kan?


-Baiti Husna
p/s: next time rumah Oya lak 😋😋
p/s/s: Sukkii!!!


Comments

Popular Posts