JURNAL #30
JURNAL HARIAN
18 MEI 2017
Assalamualaikum.
Ok, sebelum korang salahkan aku sebab lately ni asyik skip update blog, mohon faham bahawa minggu ni minggu exam kš¤£š¤£. Aku biasa study untuk exam sampai lewat malam. So lepas study tu, otak dah penat, dah mengantuk, terus tidur... Huhuhuhuhuhhhuu....
Tadi exam English. Alhamdulillah, aku dapat jawab la jugak walaupun masa cukup-cukup makan je. Elok aku tulis ayat last esei n semak-semak sikit, masa dah habis. Ok sebenarnya aku tertidur tengah-tengah jawab tadi. nasib baik jugak sempat habiskan esei. Ada lagi tiga paper je pastu yeay! Exam dah habis! Hahahahhaa aku rasa baru je mula exam sebenarnya... Tapi eh, dah nak habis.
Petang ni paper biologi, esok bahasa antarabangsa n falsafah. Aduh mengantuklah pulak.....
Aku tengah tak tahu nak update pasal apa ni. Takpelah, aku nak sambung study bio. sikit je lagi tinggal. InsyaAllah, kalau ada rezeki malam nanti aku update lagi ok?
Bye :).
-Baiti Husna
p/s: asal smiley tu nampak macam joker?
p/s/s: nak lunch ke tak eh?
p/s/s/s: doakan pointer aku naik untuk exam kali ni š¼š¼
p/s/s/s/s: eh, first time aku update waktu siang.
p/s/s/s/s: eh, first time aku update waktu siang.
Comments
Post a Comment