LATIHAN PERCUBAAN MRSM PULAU PINANG - KERTAS 2 - TATABAHASA
a) (i) mewangi - Bau bunga mawar mewangi memenuhi bilik itu.
(ii) menyukat - Ibu menyukat dua cawan nasi untuk ditanak.
(iii) menjulang - Pasukan itu menjulang piala kemenangan mereka.
(iv) menyusut - Semakin hari, air sungai itu menyusut kerana cuaca panas dan kering.
(v) menyelam - Ali menyelam ke dasar laut untuk melihat batu karang yang berwarna-warni.
(vi) menyisih - Ain menyisih ke tepi untuk memberi laluan kepada beberapa orang doktor yang sedang bergegas.
b) (i) Beta akan menganugerahi beliau gelaran Datuk kerana sumbangannya yang besar dalam bidang ekonomi.
- Beliau akan dianugerahkan gelaran Datuk oleh beta kerana sumbangannya yang besar dalam bidang ekonomi.
(ii) Kawat berduri yang berlingkaran itu memagari kawasan di sekeliling rumahnya.
- Kawasan di sekeliling rumahnya dipagari oleh kawat berduri yang berlingkaran.
(iii) Pengetua telah melantik Cikgu Shaari sebagai guru disiplin kerana ketegasannya menjalankan tugas.
- Cikgu Shaari telah dilantik sebagai guru disiplin oleh pengetua kerana ketegasannya menjalankan tugas.
c) (i) Serunding daging yang dikeluarkan oleh Syarikat Deen itu telah dieksport ke negaranegara Timur Tengah dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan.
- Serondeng daging yang dikeluarkan oleh Syarikat Deen itu telah dieksport ke negara-negara Timur Tengah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
(ii) Kempen anti-rokok yang sudah berlangsung sejak beberapa tahun lalu masih belum dapat menyedari rakyat tentang bahaya yang berpunca daripada rokok.
- Kempen antirokok yang sudah berlangsung sejak beberapa tahun lalu masih belum dapat menyedarkan rakyat tentang bahaya yang berpunca daripada rokok.
(iii) Orang ramai disarankan menghadkan pengambilan makanan berlemak agar dapat mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan.
- Orang ramai disarankan mengehadkan pengambilan makanan berlemak agar dapat mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.
d) (i) Encik Yasir berbangga hati mempamerkan lukisan-lukisannya yang cantik-cantik bersempena dengan pameran lukisan yang diadakan di Kuala Lumpur.
- Encik Yasir berbesar hati mempamerkan lukisan-lukisannya yang cantik bersempena dengan pameran lukisan yang diadakan di Kuala Lumpur.
(ii) Kompleks membeli-belah terkemuka itu akan dibuka semula secara resmi pada minggu hadapan setelah kerja-kerja pengubahsuaian selesai dilakukan.
- Kompleks beli-belah terkemuka itu akan dibuka semula secara rasmi pada minggu hadapan setelah kerja-kerja pengubahsuaian selesai dilakukan.
(iii) Rakyat di negara ini diseru agar menguburkan perasaan cintakan tanah air serta menghayati erti kemerdekaan yang sebenar.
- Rakyat di negara ini diseru untuk menyemai perasaan cintakan tanah air serta menghayati erti kemerdekaan yang sebenar.
e) (i) Nasib yang baik akan menyebabkan seseorang itu selamat atau mendapat rezeki, jika bernasib malang seseorang itu akan menghadapi masalah.
- Untung sabut timbul, untung batu tenggelam
(ii) Jika melakukan sesuatu secara perlahan-lahan, akhirnya bertambah hasilnya.
- Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
(iii) Orang yang tidak tahu untuk membaiki sesuatu benda tetapi cuba membaikinya hingga benda itu menjadi rosak.
- Bagai tikus membaiki labu.

Comments
Post a Comment