JURNAL #20
JURNAL HARIAN
28 APRIL 2017
Yeahhh!!! Home sweet home! Aku selamat sampai rumah, alhamdulillah, lepas menempuh ‘jam’ dari Sungai Besi tadi sampailah dekat-dekat Batu Cave. Entah,aku pun tak pasti bila ‘jam’ tu reda sebab aku tidur je dalam kereta abah. Buka mata dah sampai Batu Cave.
Jadi, hari ini dimulakan macam biasa, solat, mandi semua, pergi perhimpunan pagi. Waktu perhimpunan tu, nama aku kena sebut tau. Cuak la kejap, sebab pagi tadi nama aku kena ambil sebab lambat. Aduhh…. kenapa nama aku ada ni? Dia kata nama-nama yang dia sebut tunggu selepas perhimpunan. Maka lepas perhimpunan aku pun ke depan, dengan beberapa orang pelajar lain yang nama dia disebut tadi. Oohhh…. rupanya pasal zakat, dokumen yang aku hantar haritu ada lagi yang belum lengkap. Cuti tiga hari ni lah aku kena lengkapkan. Adoi, sudahlah kad matriks aku hilang… Mujur aku sudah bagitau cikgu hal ini.
Kemudian untuk sesi usrah, semua pelajar muslimat berkumpul di dewan serbaguna. Ada kuiz mengenai sejarah Islam. Kami duduk mengikut usrah dan siapa yang nak jawab, semua ahli usrah kena jerit nama naqibah usrah tu. Macam usrah aku, nama naqibah kitorang Masturina, so kalau ada dari usrah kitorang nak jawab, semua ahli kena jerit “MASTURINA!!”. Kalau jawapan betul dapat markah. Simple.
Banyak sebenarnya soalan yang aku tahu jawapan, cuma malas nak jerit sebab aku sakit tekak masa tu.
Waktu biologi, Miss Ing takde dan dia minta kitorang ke library untuk buat satu tugasan ( sorry aku malas nak tulis tugasan apa ). Kemudian kimia, sejarah, fizik, muzik dan akhirnya waktu makan tengah hari. Lauk hari ni sedap, daging masak kicap! Dapat aiskrim lagi. Dahlah aiskrim kesukaan aku. Yum…
Boleh pula aku tertidur kat bilik lepas makan tengah hari. Niat hati nak kemas baju, tapi sebab baru lepas makan, nak relaks lah kejap. Tengok-tengok tertidur. Bangun tu sekali lagi aku jadi ‘The Flash’ sebab barang tak kemas lagi dan abah aku dah tunggu kat bawah. Kelam-kabut dia sampai tercungap aku. Alhamdulillah sekarang, dah ada kat rumah. Sedih la jugak sebab abang aku tak dapat balik, cuma ada mak, kakak, abang ipar, anak saudara dan adik aku kat rumah. Hahahahahaha, bising satu rumah bila ada anak saudara aku yang baru setahun tu.
-Baiti Husna
P/s: rindu klasmet pulak dah…… Hahahahahahahahahahahha
Comments
Post a Comment