JURNAL #32
JURNAL HARIAN
23 MEI 2017
Assalamualaikum.
Hahahahahahahahahhahahaha ok aku tau aku skip update banyak hari gile. I mean, dah nak habis Mei tapi baru beberapa jurnal aku tulis. Aduh.... Gomennasai..πΌπΌπΌ
Sepatutnya, sepanjang minggu ni takde kelas sebab semua orang sibuk dengan exam (ada sesetengah yang belum habis) dan preparation untuk hari guru Jumaat nanti. Apalagi, masing-masing bantai tidur tak ingat dunia ah.
Hari ni, aku bangun dengan keadaan terkejut bila sorang kawan aku tetiba datang bilik dengan sangat rush dan dia cakap "Baiti! Bangun weh! Pukul 8.30 dah kena kumpul kat dewan makan!!!" Aku dengan sangat terpinga-pinganya, bangun, tengok jam. Astaghfirullah.... 8.25?!?!
Tunggu apa lagi, siap lah! Tukar baju apa semua, yada yada yada masuk dm pukul 8.35 pagi. Takdelah lambat sangat at least. Rupanya ada aktiviti handled by cikgu-cikgu Melewar (cikgu baru).
Waktu mula-mula masuk, kami potatoes (perempuan F2) 25 orang duduk semeja ( yang sepatutnya 10 orang hahaha). Sumbat je, tarik kerusi. Lepastu bila dah pecah-pecahkan, end up, aku tersasar ke dalam meja bersama Oya, Tina, Komari dan 7 orang Foundation 1 perempuan. Nasib baik la takde lelaki. Aku dah lah dalam mood malas nak bergaul ngan orang harini.
Pastu kitorang jawab satu questionnaire pasal kawal tingkah laku, emosi, dll, yang sejujurnya pada pandangan aku la, tak terlalu tepat dia punya soalan. Dia macam, questionnaire kan, biasalah soalan yang hampir sama tapi still boleh nampak tau lain dia, tapi questionnaire yang ni, dia ayat tu dia tukar sikit je, maksud sama. Serius ah?
Then, break sekejap untuk minum pagi. Makan kuih inti kacang merah dan karipap. Sedap! Nasib baik, takdelah spoil sangat mood aku sepanjang harini.
Pastu, adalah aktiviti-aktiviti dia yang urgh.. entah kenapa, aku rasa sangat2 dikongkong! Tak tahulah celah mana, entah memang mood aku tak ok ke macam mana, tapi tak tau pahal aku serabut semacam pagi tadi. Aku skip lunch and makan megi goreng dengan Oya je kat hujung koridor.
Oh, ha. Pagi tadi, aku ada pinjam novel Fixi Komari - 'mangsa'. Boleh tahan la jugak cerita dia kalau kau abaikan part2 dia yang erm.... kotor...?... sikit. Petang aku tak buat apa sangat, melaghoh je banyak. Pastu turun dinner dengan Oya. Yada yada, round Permata sekejap, balik asrama, mandi, solat maghrib, dan isya'.
Huhuhuuhhhhhuhhu, untuk hari guru, tugas aku satu je - buat poppers yang explode petal bunga rose. Aku tak salahkan diorang sebab honestly, aku yang volunteer. Petal dia dah siap, about some 200 petals kecik dan 80 petals sederhana. Now I'm afraid the poppers won't work, idk why.
-Baiti Husna
p/s: aku rindu rumah....π’π’π’ tapi takpe, Jumaat nanti dah balik, YEAYYYY!!!
p/s/s: I'm in my crazy mood rn.
Huhuhuuhhhhhuhhu, untuk hari guru, tugas aku satu je - buat poppers yang explode petal bunga rose. Aku tak salahkan diorang sebab honestly, aku yang volunteer. Petal dia dah siap, about some 200 petals kecik dan 80 petals sederhana. Now I'm afraid the poppers won't work, idk why.
-Baiti Husna
p/s: aku rindu rumah....π’π’π’ tapi takpe, Jumaat nanti dah balik, YEAYYYY!!!
p/s/s: I'm in my crazy mood rn.
Comments
Post a Comment