JURNAL #25

KELUARGA AKU


3 MEI 2017

Hai hai! Hari ini, tak banyak benda yang aku rasa nak cerita. Tadi, waktu kelas Jati Diri, kitorang kena isi maklumat mengenai klasmet kitorang secara random. Maksudnya, tukar-tukar lah. Orang ni dapat nama orang tu, orang sana dapat nama orang ni. Aku dapat nama Wardina, tapi ada beberapa maklumat pasal dia yang aku salah. Huhhhuhhhuu sedihnya, dah setahun setengah ingatkan dah kenal semua orang.

 So, ini inspire aku nak cerita sikit pasal family aku. Walaupun nampak sangat aku takde kerja, kisah apa aku. Keluarga aku terdiri dari 8 orang ahli, mak, ayah, kakak, tiga orang abang, aku, dan adik aku. 


Ayah 
 Nama: Mohamad bin Mat Desa
Panggilan : abah
Umur : 58
Tarikh lahir : 1 Jun 1959
Asal : Perak

- ketua keluarga yang sangat ohsem.
- matang, peramah gila (serius tak tipu), suka buat lawak.
- mengasaskan syarikat sendiri, Mosty Option Supply and Trading yang menjual dan membekalkan produk kesihatan. Ditubuhkan tahun 2012.

Mak
Nama : Hayati bt Din
Panggilan : mama
Umur : 48
Tarikh lahir : 18 Mac 1969
Asal : Perak

- sangat penyayang, tegas tapi lemah-lembut.
- ada daya pendengaran macam arnab
- bila bercakap ngan kitorang, suara mak kuat walaupun kitorang betul-betul kat sebelah.

Kakak
Nama : Atikah bt Mohamad
Panggilan : kakak
Umur : 26
Tarikh lahir : 14 Jun 1991
Asal : Johor Bahru 

- Ex- student MRSM Pendang dan SMK Khir Johari, Kedah
- baik tapi garang.
- dah kahwin dan dah ada anak, nama Huriya Khairunisaa' bt Amierul Huzzairie. (1 tahun waktu entri ni ditulis ;) )

Abang 
Nama : Asyraf bin Mohamad
Panggilan : bengah
Umur : 22
Tarikh lahir : 30 Disember 1995
Asal : Perak

- pandai memasak dan melukis.
- kreatif dan pandai mereka cipta
-  kerja sebagai chef di Shah Alam

Abang
Nama : Khalid Al-Walid bin Mohamad
Panggilan : bencik / cik
Umur : 20
Tarikh lahir : 19 Disember 1997
Asal : Kedah

- pakai spek mata dan paling tinggi dalam family
- berani, garang (tak sangat pun sebenarnya), suka cubit orang.
- siswa 1st year kat Universiti Malaysia Terengganu. 

Abang
Nama : Thoriq Azziad bin Mohamad
Panggilan : abang
Umur : 17
Tarikh lahir : 15 Mac 2000
Asal : Kedah

- paling rapat dengan aku selaku mastermind aku.
- suka berangan dan berimaginasi.
- Form 5 di Malay College Kuala Kangsar (doakan dia, tahun ni SPM πŸ‘ΌπŸ‘ΌπŸ‘Ό)

Aku
Nama : Noor Baiti Husna bt Mohamad
Panggilan : adik / kakcik
Umur : 14
Tarikh lahir : 4 April 2003
Asal : Kedah 

- suka cakap sorang-sorang
- agak kasar dan agak lasak (jangan salahkan aku, tengok la aku membesar dengan siapa)
- tangan kiri aku bengkok sikit sebab patah dua kali masa darjah satu dan dua.

Adik
Nama : Alia Humaira bt Mohamad
Panggilan : Yaya
Umur : 7
Tarikh lahir : 24 Julai 2010
Asal : Kedah 

- antara kitorang semua, dia je tak reti cakap Kedah.
- mengada-ada dan gedik serta lebih macam kakak
- disebabkan dia lahir lambat sangat, panggilan 'adik' tak melekat kat dia.


Itu sahajo sedikit sebanyak aku nak cerita. Nanti aku update lagi ye. Aku nak buat assignment lain pulak. Bye!



Aww.... gambar ni terlalu lawa πŸ˜‹... sayangnya mama takde dalam gambar ni...
Dari kiri: abah, yaya, aku, bencik (baju hitam), abang (baju kuning), kakak dan bengah.  Masa ni aku n abang dah nak balik asrama huuhuuhuhuh...

aku dan mama! Selfie dulu sebelum keluar 😜😜. Muka sama kan?

Gambar raya 2016. Di saat family lain mencari baju sedondon, kami jadi pelangi 😝😝!  Kakak aku takde dalam gambar sebab masa ni dia raya kat kampung suami dia ;)
Dari kiri: abang, aku, abah, mama, yaya, bengah, bencik.

Random selfie dengan abang n yaya. 2015 tak silap aku.
(Yaya rambut mangkuk hahahahahahahahhahaahahhahahahahahhhahaahahaha)πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜


1st day aku masuk Permata.. Sebelum tinggal aku kat sini selfie dulu :P





-Baiti Husna
p/s : bila nak cuti ni..... 
p/s/s : dalam family aku, nombor ganjil rabun dan secara fizikal ikut mak, nombor genap lebih kepada abah.
p/s/s/s : Wahai assignments, berkuranglah!!! 

Comments

Popular Posts