JURNAL #22
JURNAL HARIAN
30 APRIL 2017
Hai pembaca-pembaca sekalian! Cuba teka aku kat mana sepanjang petang tadi? Taman? Salah! Naik motorsikal? Salah jugak! Aku kat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur petang tadi!
Kisahnya, semalam, aku acah-acah je sebenarnya cuba nak minta kat mak aku, bawa pergi Pesta Buku, tiba-tiba hari ini bawa betul-betul. Mahu tak senyum sampai telinga! Sebelum tu, aku dan mak turun ke pasar pagi nak cari anak tudung untuk aku memandangkan yang sedia ada dah lusuh. Tengah hari, mak aku suruh bersiap, nak pergi pesta buku! Kami semua yang ada kat rumah pergi, kecuali ayah aku yang dah keluar dari pagi sebab ada kerja. Jadi keluarlah kami 6 orang, aku, adik aku, mak aku, kakak aku, abang ipar dan anak saudara aku, naik kereta Proton Saga merah yang dipandu oleh abang ipar aku. Anak saudara aku tu baby lagi so dia duduk depan dengan kakak aku.
Lebih kurang pukul 330 macam tu, kami sampai ke perkarangan Putra World Trade Centre. Besar gila tempat dia. Kali terakhir aku datang sini masa darjah 6. Kami berjalan masuk ke Dewan Merdeka. Masuk tu nampak gerai aiskrim. Apalagi, bergayut la kat mak minta aiskrim. Dapat la aiskrim coklat dua, satu untuk aku, satu untuk adik aku.
Kami mula mencari buku kat Aras 2. Booth first yang aku nampak ialah booth Didi and Friends. Kami jalan-jalan lagi dan nampak booth Ana Muslim, antara booth yang paling besar kat situ. Adik aku beli satu set alat tulis kat situ. Sementara aku, lepas ronda-ronda kat sekitar booth tu, masih tak jumpa buku yang aku berkenan. Kami teruskan perjalanan dan jumpa booth Komik Misi. Aku nak cari buku Misi PLKN tapi abang yang jaga booth tu kata dah sold out. Dengan sedihnya, aku mencapai buku Misi X MAP yang terletak elok di rak buku tu. Terfikir nak minta autograf Nazri dan Afiq (penulis/pelukis siri tu) tapi barisan panjang sangat dan anak saudara aku tak duduk diam. Dipendekkan cerita, aku beli buku latihan sikit dan satu lagi komik, dan lepas adik aku pun jumpa buku yang dia nak, kami bergerak pulang.
Dalam kereta, aku terlelap sekejap. Bila sedar, terdengar mak kata nak singgah AEON sekejap nak beli makanan. Kami beli donat, sebekas kek red velvet dan beberapa plastik roti serta secawan Milo sejuk. Kami pun bergerak pulang kira-kira jam 8 malam.
-Baiti Husna
P/s: Nanti aku cari Misi PLKN ye…
Comments
Post a Comment