JURNAL #46
JURNAL HARIAN - RAMADAN TERAKHIR
24 JUN 2017
29 RAMADAN 1438
Assalamualaikum.
Hmm... kenapa tajuk jurnal kali ni macam tajuk drama eh?π€ Ah, tak kisahlah.
So, macam yang kita sedia maklum, harini officially last puasa. Dan esok, dengan rasminya raya. Tamat.
Hahhahahahah tak aku gurau je.
Pagi tadi, aku bangun agak lambat. Lepas bangun tu terus tolong mak masak sikit-sikit kat dapur. Dengar cerita, kitorang akan bertolak balik ke kampung pukul 5 petang ni. Semalam, abang, kakak, bengah, Abang Zairie dan Nisa (<3) dah bertolak balik dulu. Aku happy, raya tahun ni semua orang ada. Cukup 6 orang. sekarang ni, kitoang dah jarang berkumpul ramai-ramai. Yelah, kakak ada life sendiri, Ngah kerja, bencik universiti, dia cuti kitorang sekolah dia sekolah kitorang cuti, aku n abang asrama, abah pergi kerja. Kat rumah tinggal mak dengan Yaya jelah. Kesian mama, kalau aku tahu mama sunyi macam ni, baik aku pergi sekolah harian tu jeπ’π’.
Anyway, pukul 5.30 macam tu kitorang bertolak. Jalan tak jem sangat. Tapi sampai dekat-dekat Slim River, jem pulak.... Melekat! Abah pun decide nak pakai jalan biasa je, bukan highway. Dah nak berbuka dah masa tu. Hujan lebat pulak..... Masyaallah dugaan bulan Ramadan.. Kitoran stop kat Petronas, makan dalam kereta je. Nasb baik la mama dah ready nasi putih, rendang ayam (sodapppπ) dengan air Fanta tiga empat botol. Mama bawak sekali bekas plastik nak dijadikan pinggan sebab takut tumpahπ. Terer lah mama!!
Kitorang sambung perjalanan kitorang. Reda sekejap hujan, lepastu lebat balik. Sejuk dia, sampai tersumbat hidung aku. Pastu hidung aku keluarkan bunyi pelik yang aku pun tak tau kenapaππ. Alhamdulillah, lebih kurang pukul 10.30 tadi kitorang selamat sampai kampung aku kat Bagan Serai, Perak. Pak Lang otw, Pak Su balik raya kedua, Mak Ndak balik esok.
Yayayayayyayyyyy!!! And they lived happily ever after.
Ok, tak tak hahahhahah.πππ
Selamat Hari Raya lagi sekali! Minta maaf kalau ada salah dan silap...ππ
Salam.
-Baiti Husna
p/s: di pagi raya~ π΅π΅π΅πΆ
p/s/s: lepas balik rumah haritu aku selsema terukπ Akibat degil. dah tau alergik kucing nak jugak main. Ish ish ish...
p/s/s/s: pelita dah pasang? perang mercun antara kampung apa citer? baju raya dah iron? π
Comments
Post a Comment