JURNAL #43
JURNAL HARIAN
- SEHARI BERPUASA - RUMAH VS SEKOLAH
18 JUN 2017
23 RAMADAN 2017
Assalamualaikum.
Haiiiiaiaiaiaiaiiaiii!! Harini, cuti dan aku takde buat apa sangat so, aku nak share pasal...... jeng jeng......... tak nampak tajuk ke?
Assalamualaikum.
Haiiiiaiaiaiaiaiiaiii!! Harini, cuti dan aku takde buat apa sangat so, aku nak share pasal...... jeng jeng......... tak nampak tajuk ke?
DI RUMAH
Bangun sahur lebih kurang pukul 5 (kalau aku tidur lah..). Basuh muka kejap, pegi dapur, cedok nasi, makan kat meja dengan family... ๐ข. Lepas makan, rehat-rehat kejap, tengok YouTube sikit, lepas azan, solat Subuh.
Pukul 8.30 camtu, aku dan abang bersiap-siap. Lepas minta izin dengan mak, kitorang pergi basketball court yang lebih kurang 5 buah rumah dari rumah aku untuk..... ermm... buat apa lagi main basketball lah๐
๐
๐
. Walaupun dekat je, tapi kitorang bawak motor ( abang yang bawak sebab motor gear kaki aku tak sampai nak jejak tanah๐) in case kena kejar anjing. Pernah sekali, aku dengan sombongnya kata, "takpelah, hari ni adik nak jalan sendiri pegi sana. Nanti adik sampai dulu hohoohhhoooho!" tapi baru sekerat jalan nampak dua ekor anjing berkeliaran kat satu lorong. Terus cancel, naik motor je lah, save energy sikit.. Moral of the story, janganlah kita sombong dan angkuh walau apa jua keadaan ye kawan-kawan.๐
Lepas habis main, lebih kurang pukul 10.30, balik rumah. Mandi-mandi apa semua, duduk rehat-rehat jap, tolong kemas rumah sikit-sikit dan biasanya akan tertidur dalam pukul 11.45 camtu.
Bangun, biasanya layan TV kejap, bancuh air, hidang makanan, sediakan pinggan,pejam celik pejam celik dah keluar iklan Coway dan PTPTN kat TV9. Ha, dua iklan tu lah yang jadi penanda bahawa dah nak azan.
Lepastu, solat Maghrib, pergi Tarawih kat Surau as-Sadiqin. Aku n mama naik skuter, ngah n abang naik motor gear. Balik tu, rehat, tengok movie ke, main carom ke, saidina ke, Youtube lagi, tidur.... (kalau boleh tidur lah..)
DI SEKOLAH
Pukul 4.45 mama call, bangun, gosok gigi, kejut Oya dan Anisah. Pakai tudung apa semua, turun makan,. Lebih kurang 5.20 pagi naik balik. Lepas naik tu, sama ada aku tertidur atau aku tak sambung tidur sebab siapkan kerja or saja-saja layan Facebook/Youtube. Lepas azan, solat Subuh. Rehat-rehat jap, biasanya tak tertidur. Pukul 7 camtu mandi, siap-siap pastu gerak gi assembly.
Pukul 8 start kelas yada yada yada pukul 12.30 habis. Balik bilik rehat. Kalau ada kelas petang gi kelas petang kalau takde tidur. Masalahnya, bila aku tidur petang, mesti akan terbangun kul7.30 atau memang dah dekat gila nak azan ๐๐ . Memang tak sempat mandi ah. Salin baju, makan biskut sikit, gi dewan serbaguna. Lepas solat Maghrib baru makan nasi. Alhamdulillah, inilah apa yang aku cubabagitau family aku sebelum ni. Biasanya akan ada gap yang besar antara lepas habis makan dengan waktu Isya' so masa ni boleh lah balik bilik ke, tidur kejap ke.
Masuk waktu Isya' terus solat, solat Tarawih, Witir. Biasanya aku akan buat Isya' dan Terawih je disebabkan mengantuk tahap gaban๐. Habis solat, pukul 9.45 semua orang boleh pilih nak gerak gi kelas prep ke nak sambung Tarawih 20 rakaat. Aku dan Oya pun gi prep, yada yada sembang, tulis sikit-sikit, tengok YouTube sikit, dah 10.45.
Lepas prep ada moreh. Yeayyy!!! Masa ni lah masa yang paling aku suka sebab moreh biasanya akan sediakan air teh panas๐๐! Lepas moreh boleh terus balik bilik. Aku pelik sebab bulan puasa tahun ni kat sini, selalu pulak aku tidur awal. Bukan lah awal mana pun bagi sesetengah orang lain tapi bagi aku yang dah biasa tidur lambat ni, 12.45 dikira saaaaangaaat awal.

KESIMPULAN
Bulan puasa dah nak habis, lebih kurang tujuh hari je lagi. Lepastu dah raya. Percaya tak cakap aku yang pejam celik pejam celik je dah puasa 1439 hijrah pulak. Puasa kat rumah ada mak, ada family. Kat sini kena independent sikit lah. Alhamdulillah, nasib baik tiap pagi aku bangun sahur kat sini. Dahlah full activity sehari, belajar lagi, oxygen kena banyak. Tak susah mana pun, cuma sebab dah puasa kat rumah 2 minggu, terbiasa sahur dengan family semua, jadi awkward sikit la kat sini.
That's all from me for now. Salam
-Baiti Husna
p/s: orang call bangun, orang kejut depan mata tak bangun pulak๐
๐
p/s/s: 10 malam terakhir guys๐
Comments
Post a Comment