JURNAL #45
JURNAL HARIAN -
BALIK KAMPUNG~ OOOO~ BALIK KAMPUNG~~
22 JUN 2017
27 RAMADAN 1438
Assalamualaikum.
Harini, Khamis 22 Jun, kitorang akan berangkat pulang ke kampung halaman masing-masing. Tau tak apa ynag best hari Khamis? Drumrolll..........
Kitorang ada 4 prep! Yeayy!✨✨
So lepas tengah hari tadi, aku duduk bilik Mz kejap sebab kitorang nak hantar kerja research sama-sama. Lepastu aku balik bilik, huhuhuhuuuu rumet dah balikπ’.
Rehat-rehat kejap (rehat? more like laghah-laghah kejapπ). Abah ada call tadi, katanya maybe akan ambik aku lambat sikit sebab boleh terus pergi ambik abang kat Hentian Duta. Lebih kurang dalam 5.40 camtu kot baru sampai. Lepas kemas barang, aku pergi mandi. Panas duhhhhhhh..... Rasa nak bukak puasa pun ada. Dugaan.......
Cuba teka sekarang sapa yang teman aku? Jeng jeng.... Ryan! (anak kucing ok, bukan orang.) Aku nampak dia tidur kat depan bilik aku. Saja lah aku angkat dia masuk bilik. Boring lah aku menyanyi sorang je dari tadi.
Dia comel sangatttt..... tapi aku takde kamera nak tangkap gambar dia tidurππ. Aku letak dia atas sesuatu macam lapik bantal tau (ok, memang lapik bantal pun) yang aku tak aku tak guna. Macam ulat gonggok dah aku tengok dia bergulung atas lapik bantal tu.ππππππ
Macam biasa, aku most likely tak post jurnal waktu cuti tapi selagi terdaya aku akan tulis jugak. Kalau ada internet aku post.π
Memandangkan puasa cuma berbaki beberapa hari lagi dan ahad ni dah raya,
SELAMAT HARI RAYA!!!!
Maaf kalau ada tersilap tulis, terkasar bahasa, jangan main mercun teruk sangat, moga datang sekolah balik dengan cukup 20 jari 2 tangan 2 kaki 1 kepala 1 badan....πΌπΌπΌ
Salam.
-Baiti Husna
p/s: aku alergik kucing π
p/s/s: gerak lu, jangan lupa bawak kuih raya dan duit rayaπ°
Comments
Post a Comment