JURNAL #44
JURNAL HARIAN - HYPERAKTIF
19 JUN 2017
24 RAMADAN 1438
Assalamualaikum!!! Yo!
Tau hari ni hari apa? Betul! Hari Hyperaktif Sedunia!!!
Ok tak. Aku je hyper harini haha.
Pagi ni, aku terjaga sendiri sebab sejuk, tapi aku rasa sebenarnya aku memang nak terjaga pun. Bangun sendiri weh hohohohooo! 😂 Lebih kurang kul 4.10 camtu hohoho. Pastu bsuh muka, goshok gigi, call mama. Oh.... mama baru bangun rupanya. Hai mama!!😁 Lepastu aku buat kerja math sikit, layan facebook bla bla bla eh dah 4.45 rupanya. Macam biasa, pergi kejut Oya dan Anisah. Turun sahur sama-sama, start lah ke'hyperactive'an aku (wujud ke perkataan tu😂).Lompat sana lompat sini. Sekali imbas, macam monyet dah. Lepas sahur lagi teruk hyper aku, Berapa kali aku kata, jangan hyper sangat, petang-petang nanti penat. Tapi aku tak boleh kawal! Dia just, tetiba hyper.
Rutin biasa, kul 7.55 gerak ke assembly. Harini perhimpunan rasmi. Pakai uniform rasmi. Kat tempat rasmi. Ucapan alu-aluan dan ucapan rasmi. Harini ada majlis pembubaran MTP dan MASTER 1617. Dr. Rorlinda bagi ucapan pasal kepimpinan. "Pastikan pilih pemimpin yang betul-betul ada ciri kepimpinan". Baik Dr.
Aku sangat-sangat rimas sebab masa assembly kena duduk diam-diam. Tapi aku dalam mood hyper. Rasa macam nak.... ish... macam... ah takpelah! Yang penting, aku rimas sebab tak boleh bergerak! Ok, aku hyper.
Habis assembly sepatutnya masa Matematik (favourite subject yayyy💖) ! Tapi, malangnya assembly dah 'makan' waktu Math (tidaaaakkkkkk!!!!), maka kami pun bergerak ke kelas seterusnya - Muzik. Dato' Ridzwan dah tak ajar kitorang, so sekarang Cikgu Jais yang ganti Dato'. Tak kisah sangat, nasib baik lah cikgu Jais sporting jugak. Disebabkan masa Muzik tinggal lagi 20 minit je, kitorang santai-santai je. Pastu ada berbangkit isu persembahan batch kitorang masa hari guru, ada satu lagu - Ziriguidum. Pastu ended up kitorang kena menari lagu tu memandangkan satu kelas tahu dia punya rentak dan tarian. Dengan diketuai oleh Zach, yang akan sentiasa lead kalau bab tarian, maka menarilah kami satu kelas. Aku rasa last menari sekelas cuma waktu aku darjah 1 atau 2😂😂
Lepstu rehat, then Seni Persembahan. Untuk Sp, kitorang pergi auditorium dan 'yeay' kitorang akan kena buat persembahan waktu iFSC nanti. Nasib baik waktu Sp banyak bergerak, takdelah rimas sangat.
Petang tadi ada kelas Jepun. Dapat result exam kitorang haritu. A-. Sebenarnya tak sangka gak lah dapat A memandangkan aku rasa banyak soalan aku blur waktu jawab. Masih hyper walaupun penat dan kering tekak gila-gila. Lepastu, kitorang gerak pulak ke bilik muzik untuk join latihan nasyid sempena Majlis Khatam Al-Quran rabu ni. Aku dahlah tak tau apa, diorang suruh masuk pulak. Haihh... tapi aku rasa aku tak masuk kot. Tak kisahlah aku kena duduk sorang sebab semua member aku masuk. Takpe, aku ada Arif.
Sampai je bilik, niat nak letak kepala atas katil 'kejap',terlajak pulak tertidur sampai pukul 7.22. Masa Piqah ( jiran sebelah bilik aku) kejut. Aku bangun macam ni tau.
Piqah: Baiti, bangun! Dah dekat 7.30 dah.
Aku: Hah hah apa? 7.30 pagi?! Aku tak bukak puasa ke semalam??? Allah................😭😭😭
*cek fon*
Aku: ceh, terkejut aku. P.M. rupanya, mati-mati aku ingat A.M.
Tapi sumpah woo, rasa nak nangis sebab aku ingat dah pagi. Terus bangun, gi toilet, tiba-tiba dah azan.... hilang sudah ke'hyperactive'an aku sebab penat. Maka aku meneruskan rutin harian (rutin malaman? hurmmm....) aku macam biasa. Balik dari prep terus tertidur...
Gerak lu. Salam.
Gerak lu. Salam.
-Baiti Husna
p/s: hhhhyyyyypppppeeeerrrrrr....... kbye.
Comments
Post a Comment