JURNAL #40

ISU COUPLE


5 JUN 2017
10 RAMADAN 1438

Assalamualaikum.

Ok ok aku tau aku skip update dah berapa hari. (Ok tak honestly aku tak tau literally dah berapa hari aku skip).

Harini takde benda jadi pun. Cuma aku tulis nak mengkhabarkan yang sudah terbocorlah rahsia bahawa aku jatuh motor ketika mama baru terperasan calar kat motor tadi. Kena lah leter… Maka aku di’grounded’ dari bawak motor sampailah aku tinggi sikit. Huhuhhuhu sedih kan?




Anyway, aku tengah tergerak hati nak cakap pasal satu topik. Dun dun dunnnnn….. Jangan pengsan pulak eh…


Isu yang dah baaaaaanyaaaaaaaaaakkk kali ditegur, dibincang, dibahas. Isu yang asyik dibuat pekak je.



Isu couple. (Tersedak ke? Heh.)



Aku bukan nak bagi dalil atau hadis pasal topik ni sebab aku yakin, most likely, korang dah selalu dengar malah maybe dah sampai tahap muak nak dengar. Dan, yes, aku bukan ustazah, aku pun hamba Dia yang dosa banyak tak terkira. Aku just, nak cakap pasal topik ni dari sudut pandang kepala otak aku sendiri.

Firstly, kenapa couple? Aku mula sedar, benda ni dah macam benda yang sangat biasa dalam kalangan rakyat Malaysia tak kiralah sekolah menengah ke, universiti ke, kerja ke malah sekarang ni dah lagi advance, terbaru aku dengar even budak darjah dua pun dah pandai mencari ‘cinta sejati’. Surat cinta lah, mesej sampai larut malam lah, dating kat kedai mamak lah (heh, kedai mamak apa barang? Orang sekarang pergi Secret Recipe lah. Kau hidup zaman bila?). Kita sekarang kat zaman yang kalau kau tak couple, kau noob! (Ok, mungkin tak semua tempat macam tu, tapi pada pandangan aku, rata-ratanya macam tu lah.)

Even ada yang couple semata-mata untuk dilihat sebagai budak trendy bukan betul-betul suka pun. Even sampai tahap berani nak hebahkan ‘cinta’ diorang tu kat satu dunia walaupun kau tahu kau adalah seorang manusia bergelar pelajar dan anak yang ada tanggungjawab yang sendiri. Okay, maybe kau post kat media sosial yang kau sangat yakin parent atau cikgu kau takkan pernah ada  kononnya sebab tak nak sakitkan hati diorang dan taknak dengar leteran,ceramah dari parents kau (maybe like, WeChat, Twitter dll. Maklumlah, Facebook kan dah ada ramai user yang terdiri dari kalangan cikgu dan mak ayah). Tapi, cuba kau fikir, Tuhan nampak tak? Malaikat kat sebelah kiri dan kanan kau tu tidur ke? Kalaulah, by any chances, Tuhan takdirkan something happen dan parent kau tahu, kau fikir tak apa yang diorang rasa? Happy tak diorang?

Aku minta maaf sebab berkasar.

Betul, aku langsung tak tolak pernyataan yang kata memang fitrah manusia untuk rasa disayangi dan menyayangi. Betul, normal lah kalau ada perasaan suka kat kawan berlainan jantina (kalau kawan sejantina payah pulak jadinya nanti).

Yang jadi tak betulnya, bila kau ada perasaan suka kat seseorang dan halakan rasa suka tu ke arah yang tak sepatutnya. Contoh paling mudah, baca cerita ni.

A suka kat seorang budak lelaki, B. Lama kelamaan, A mula jadi tak keruan dan akhirnya, A memilih untuk confess kat B yang awalnya takde perasaan pun kat A. Tapi, as time passes, syaitan pun cucuk jarum sehalus kuman so B pun mula ada perasaan kat A. Maka wujudlah mesej-mesej mesra dan berbaur ayat cinta dan cia cia cia. ‘Ah, setakat mesej saja, pastu letak emoji sikit sikit. Mana ada  apa-apa yang teruk pun’ syaitan bersorak happy bila dah berjaya tanamkan pemikiran macam ni. Lama-lama mesej, mulalah advance sikit. Dengan menggunakan alasan nak study, takleh fokus study sorang, study group tu kan baik, pasangan tak berapa nak sejoli ni pun tetapkan tarikh, masa tempat nak jumpa. Awal-awal study, makin lama makin seronok bergelak ketawa, berbual kosong. Hanyut dalam dunia ‘study’ diorang tu. Maka makin kerap jumpa. Study entah ke mana, bertepuk tampar, berpegang tangan dah jadi benda biasa. Lagi-lagi bila syaitan letak rasa rindu palsu untuk memarakkan lagi ‘cinta’ A dan B. Lepas masing-masing dah jatuh dalam dunia ‘serba indah’ tu, selebihnya mulalah nafsu yang buat kerja. Akhirnya, tenggelamlah dua anak Adam ke dalam lembah yang hina lagi jijik, zina.

Okay, maybe ada yang akan kata “alah, aku dulu kapel masa sekolah, boleh je kawal. Urus masa nak belajar semua, cemerlang lagi. Takde pun sampai tahap berzina. Aku dengan boyfriend aku tu dah/ nak kahwin dah pun ha. Exaggerate fakta je kau ni.”

Even korang dah nak kahwin pun, tak ke jalan nak ke ijab kabul yang sepatutnya suci tu dah kotor dengan dosa? Moreover, sure ke memang takde zina? Zina hati? Zina mata? Telinga?

Aku faham, some of kita ada mentaliti yang kalau tak ‘cop’ dulu nanti orang lain kebas dan nak jodoh kena ada usaha. Satu jawapan je aku mampu bagi.

Allah kan ada?

Kalau dah jodoh tu, tak kan ke mana dah. Ikan di laut asam di darat, dalam periuk bertemu jua. Aku tak kisah korang nak kata muak ke jemu ke dengar pernyataan ni, tapi itulah hakikatnya. Sandarkan cinta pada Allah dulu. Dia yang pegang hati orang yang korang suka. Doa. Tawakal.

Banyak sangat cerita aku dengar pasal ni. Orang yang tawakal, serahkan pada Allah, dalam masa yang sama diiringi doa dan ended up kahwin dengan orang yang diorang suka. Sungguh, Dia bagi yang terbaik. Kalau tak dapat juga, yakinlah, perancangan Tuhan sangat rapi dan tepat.   

Aku tegur sebagai manusia. Langsung tak terlintas di fikiran nak tunjuk alim atau nak nampak baik.
Aku tegur sebagai manusia. Penat tengok anak cucu Nabi Adam asyik buat benda sama, walau dah dinasihat beribu kali.
Aku tegur sebagai manusia. Muak dengar kes buang bayi hasil hubungan haram ibu bapa dia.
Aku tegur sebagai manusia. Bukan batu yang takde perasaan (batu mana reti menaip :P)
Aku tegur sebagai manusia. Manusia yang kotor dengan dosa.

Tak bermaksud langsung nak jadi keyboard warrior atau apa-apa yang serangkai dengannya. Just, tolonglah dengar. Tolonglah. Sekali lagi, aku minta maaf kalau kasar bahasa ke, kalau terguris hati ke. I’m really sorry but this thing has been on my mind for a long time. Aku just perlukan somewhere untuk luahkan segala yang telah terbuku di di jiwa ni. Aku sedar aku cuma budak form 2, masih mentah, tak cukup pengalaman hidup macam orang-orang lain yang jauh lagi matang dan dewasa nak cakap pasal isu ni, tapi tolonglah faham, jurnal ni hanya sebagai pandangan dan teguran kecil kepada diri sendiri juga.

Salam.


-Baiti Husna

Comments

Popular Posts