JURNAL #41
JURNAL HARIAN - BACK TO SCHOOL
12 JUN 2017
17 RAMADAN 1438
Assalamualaikum.
Ok, done post semua jurnal yang aku buat waktu cuti (walaupun banyak hari gila skip jajajajaja).
Alhamdulillah, sudah sampai sekolah. Huuhhhuhhhuuh hari last sahur dan bukak puasa makan masakan mama π’. So pagi tadi, lepas solat Subuh aku tidur kejap. Bangun-bangun terus siap nak bertolak. Kena bertolak awal sebab abang aku punya bas pukul 10 so alang-alang tu kitorang hantar aku terus. By pukul 8.40 tadi kitorang dah bertolak.
Sampai je KPP, salam-salam semua orang, tengok mama pergi (nooooooo ππππ mamaaaaa.... don't leave me alone huhuhhu), angkat beg naik atas. Bukak pintu bilik ,*kreakkkkkk (musik suspens)*, MASYAALLAH, teruknya meja aku bersepah! Dengan plastik makanan terkoyak, serbuk Milo berterabur atas lantai, aduiii... Penat jugak nak kemas. Tak lain tak bukan kerja monyet lah ni... Haih...
Lepas habis kemas, solat Zohor kejap, aku tertidur sampai pukul 7 lebih. Hambik kau! Bangun, basuh muka, gi bilik Oya. Tadi aku rasa Oya ada ajak aku bukak puasa sekali, katanya mak dia bagi dia makanan lebih. Aku pun konfius sebab aku tak sure aku tengah mimpi ke aku betul-betul dah bangun masa tu π
. Kitorang bukak puasa kat bilik Oya, Saffa pun ada sekali tadi. Makan ayam goreng Mc Donald. Tiba-tiba dengar bunyi mengiau kat luar bilik. Bukak je pintu, rupanya Syafik (nama kucing tu ok, bukan orangπ). Dia lapar sangat tadi, kitorang pun bagi lah sikit ayam tu.
Pastu, solat Maghrib, dengar taklimat dari EXDISI sikit, solat Isya', Terawih, Witir. Kemudian kitorang pun pegi makan moreh kat dewan makan. Makan bihun sup feat teh o panas, nikmatnya masyaAllah....
Oh, by the way, jadual dah tukar lagi. Somehow aku rasa sedih dan agak tak puas hati dengan jadual kali ni atas beberapa sebab macam, majoriti cikgu kitorang kena tukar dengan cikgu baru dan subjek research dah dibuang dari jadual ππ. Harap akan tukar balik...
So, citernya sekarang, aku nak sambung siapkan assignment lab report Biology. Gerak lu pape roger.
Salam
-Baiti Husna
p/s: esok first day puasa kat sekolah tahun ni. Hmmmmm
p/s/s: aku rasa macam nak masuk pertandingan karya kreatif sempena bulan Ramadan ni la..... hmmmm.....
Comments
Post a Comment