JURNAL #50
JURNAL HARIAN - TARBIAH SENTAP
30 JULAI 2017
Assalamualaikum.
WAH! Dah lama rasanya tak update jurnal. Last aku update hujung bulan 6 haritu. Maksudnya dah sebulan jugak la 😂.
Ceritanya, hari ini, ada ceramah spesial dari....... jeng jeng jeng! Ustaz Adnin dari Tarbiah Sentap!! Terkejut jugak sebenarnya. Waktu bulan puasa hari tu, diorang jemput Ustaz Hassan Din Al Hafiz. Okay, tapi point dia, dalam jurnal ni, aku nak share serba sikit ceramah Ustaz Adnin tadi.
CERITA 1
Tersebutlah kisah di sebuah kampung. Ada sebuah perigi. Bagi penduduk kampung, perigi itu ialah sumber air mereka. Basuh baju, mandi, minum, makan, semua pakai air dari perigi tu. Suatu malam, seekor anjing dengan riangnya berjalan-jalan di kawasan berdekatan perigi berkenaan tanpa menyedari kehadiran perigi tu. Anjing tu terjatuh ke dalam perigi dan terperangkap lalu mati.
Esoknya, orang ramai sedar yang air perigi tu menjadi kotor dan sngat busuk. Bila diperiksa, tahulah mereka yang ada bangkai anjing dalam perigi tu. Berbagai cara mereka guna. Tuang Febreze lah, Dinamo lah, TOP lah, semua dah cuba. Tapi air tu masih kotor.
So ketua kampung hantar seorang wakil untuk bertanya kepada seorang ustaz dari kampung seberang. Wakil tu pun pergi dan menyatakan soalannya. Ustaz tu jawab, 'oh, senang. Kamu perlu cedok 100 baldi air dari perigi tu dan perigi tu akan bersih.' Wakil tadi dengan gembiranya balik ke kampung dan menyampaikan jawapan ustaz tadi kepada ketua kampung. Pemuda-pemuda dikumpulkan dan selepas 3 jam, genaplah 100 baldi air dikeluarkan dari perigi tu. Tapi, keadaan air tu masih sama. Penduduk mula bingung. Takkan ustaz kampung seberang tipu pulak kot?
Untuk kali kedua, wakil tadi dihantar kepada ustaz tu. Ustaz jadi pelik. Dia berfikir kejap. 'Eh, kejap kejap. Korang dah keluarkan bangkai anjing tu ke belum?' Wakil tadi menggeleng. 'Memanglah tak bersih! Keluarkan anjing tu dulu kemudian baru keluarkan 100 baldi air!'
Wakil tadi pulang dan selepas bergotong-royong, bersihlah air dalam perigi tu. Penduduk kampung bersorak gembira dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
TAMAT.
Tu cuma sebuah analogi, bukan cerita betul ye. Nak kata kat sini, perigi tu ibarat hati kita. Hati yang asalnya bersih. Bangkai anjing tu dosa kita. Ye, semua orang ada buat dosa. Aku, kau, dia, semua orang! Kita tak maksum macam Rasulullah S.A.W. Usaha-usaha penduduk kampung tu pulak amalan kita. Sebanyak mana amalan kita buat, kalau kita tak buang dosa tu, hati still takkan bersih. So buang dulu dosa tu. Buang tabiat suka nak buat maksiat, suka nak buat dosa tu jauh-jauh. Tabiat asyik nak menipu, tabiat tengok benda tak elok, tabiat yang mendatangkan dosa kepada kita. Buang. Baru tambah amalan. Tak semestinya drastik. Kalau perlu, sikit-sikit, slow-slow, yang penting istiqamah.
Macam mana nak istiqamah? Istiqamah hadir dengan ikhlas. Ikhlas hadir dengan istiqamah.
Nak berubah, ada orang keji. Ujian. Istiqamahlah. Nak berubah, orang puji. Jadi riak pulak. Ujian. Istiqamahlah. lama-lama ikhlas akan datang. Mulut orang pun penat mengata. Bila dah ikhlas, hadirlah istiqamah. Mula rasa seronok nak beribadah. Menghadap Tuhan bukan lagi beban. MasyaAllah, bestnya....
Salam
- Baiti Husna
p/s: bukan peringatan untuk kau saja, untuk aku sekali.
p/s/s: wahai aku di masa akan datang, bila kau semakin lupa, makin lalai dan kau baca balik benda ni, aku harap kau stay kuat. Aku tahu kau nak berubah jadi lebih baik. Ingat yang bila kau buat benda yang betul, walaupun semua orang mengeji dan mencemuh, kau ada Dia. Apalah sangat 7 billion hamba yang lemah kalau nak dibandingkan dengan Tuhan yang Maha Kuat lagi Maha Penyayang :)

Comments
Post a Comment