JURNAL #48
28 JUN 2017
4 SYAWAL 1438
Assalamualaikum.
Harini hari Rabu. Esok Khamis, lusa Jumaat. Tulat Sabtu. Ahad dah balik sekolah, padan muka.
CUUUUUTTTTTT!!!!!! Apa benda ni?! Hish, sudah sudah! Ready? Take two, ACTION!
Hi!
Semalam aku tidur atas kusyen, pagi tadi terbangun sebab jatuh kusyen. Lepas bangun, jalankan rutin pagi, sarapan. Aku tak ingat dah apa yang aku makan pagi tadi. Apa ekk??? Entah lah. Tapi sedap. Tu je aku ingat.
Lepastu kitorang panjat pokok durian. Jangan risau, bukan musim buah lagi so takde durian pun. Duduk atas dahan sambil makan buah manggis. Tak lama lepas tu aku turun sebab mama marah. Ikutkan hati sampai malam nak duduk situ. Tapi tulah, ikut hati mati, ikut rasa binasa kan? Ecewah…
Aku masuk dalam rumah sambil merajuk. Pergi favourite spot aku, buaian papan kat luar rumah sambil makan coklat favourite. Tiba-tiba, ternampak abang pegang buah kelapa muda. Wahhhhh… apa lagi, serbuu!!! Abang pergi dapur. Aku ikut. Oh, rupanya abah yang nak minum. Tapi banyak diorang kutip, takkan abah sorang kot minum. Nikmat minum air kelapa muda yang betul-betul fresh dari buah dia, Allahu…. syurga dunia! Pakcik takek buah, abang masukkan air dia dalam jag, aku tolong keluarkan isi kelapa masukkan dalam jag sekali. Apalah guna minum air kelapa kalau takde isi kelapa ye idok?
Tiba-tiba, waktu tengah khusyuk tu, ternampak seekor bapak monyet lebih kurang 10 meter dari kitorang. Makcik apa lagi, mengamuk lah. “Berani sungguh noh, monyet ni! Orang ramai pun buat tak tau ja! Rilek ja nah dia lalu depan tu! Hang tunggu monyet, hang tunggu!” Dengar makcik aku menjerit pun monyet tu buat dek je.
Kau tau apa diorang buat? Pakcik pergi ambik mercun, bakar betul-betul tepi monyet tu. Monyet angkat bendera putih, lari masuk hutan.
Lepastu, aku, Mira dan Ecah sidai kain. Kitorang main sorok-sorok barang kejap lepas dah siap semua. Tapi kejap je sebab terlalu membosankan. Lepastu, aku dan Ecah ajak lah Mira kutip rambutan nak makan atas pokok. Tau tak Mira gelakkan kitoang punya teruk. Dia kata memang lah takde buah, bukan musim! Haahlah, baru teringat rambutan pun ada musim. Ala….
Tiba-tiba, kitorang ternampak Pak Ndak bawak kail dengan satu plastik berisi katak nak pergi rumah Pak Long yang lebih kurang 35 meter je dari rumah kami. Belakang rumah Pak Long ada anak sungai, biasanya situ boleh dapat ikan. Bila Pak Ndak nampak aku, dia ayun tali joran tu yang mata kail dia dah dicucuk katak mati. Bila cubaan mengusik tak jadi, masam je muka. “Lah, tak takut ke? Tak takut tak seronok lah mengusik… Hmm. Takpalah,” pastu dia jalan pergi rumah Pak Long. Tapi yang peliknya Pak Ndak guna jalan hutan bukan jalan tar. Kitorang tiga pun, disebabkan terlalu bosan, ikut Pak Ndak senyap-senyap. Sampai satu tempat, tak taulah macam mana dia lalu tapi tanah tu berselut. Selut yang bila kau pijak, dia tenggelam sikit. Alah, yang licin tu.
Ecah: Baiti, jaga-jaga. Selut licin. Takyah lalu sini.
Aku: Alah selut je pun. Tu pun nak takut.
Mira: bukan takut, licin!
Aku: Alasan je semua tu.
Aku pun dengan ‘pandainya’ melangkah ke depan. Satu langkah, ok. Langkah kedua, aku hilang keseimbangan. Kelepuk, terjatuh atas lumut… Habis kotor seluar, baju. Ha, pandai sangat kan, Baiti?
Ini Baiti.
Baiti degil.
Baiti taknak dengar cakap sepupu dia.
Jangan jadi macam Baiti.
Tapi Baiti tak nangis bila terjatuh.
Baiti gelak sampai semput.
Jadilah macam Baiti.
Hahahaahahah ok ok. Aku bangun. Macam mana Pak Ndak lalu? Hurm…misteri… Tiba-tiba Mira kata, ni, jalan tanah tak berselut ada, nak jugak redah selut. Haish… Jalan yang dia cakap tu betul-betul kat tepi kitorang. Aduh… macam manalah boleh tak nampak…Jalan tu betul-betul menghala ke tepi reban ayam Pak Long. Sia-sia jatuh. Terus kitorang pergi ke anak sungai tu lepas aku basuh kaki dan tangan yang kotor kena selut. Ada sebatang jambatan kayu merentasi anak sungai tu. Kat atas tulah Pak Ndak mengail ikan. Tak dapat ikan. Balik kampung nampaknya ikan-ikan ni… Haih…. Waktu kitorang balik, nampak semua orang ada kat belakang rumah. Hai, bising semacam je? Oh, rupanya Pak Lang nak tebang pokok kelapa belakang rumah. Abang-abang dan sepupu-sepupu lelaki aku pulak tolong tarik tali yang kitorang guna untuk ikat pokok kelapa tu.
Aku terus lalu belakang diorang, nak panjat pokok durian.
SATU, DUA, TARIK!!!!! *KELEPUSHHH!!!!!!*
Pokok kelapa sudah tumbang! Yeay! Sementara diorang ber’yeay’ tu, aku blank kejap. Mana taknya, pokok kelapa tu tumbang betul-betul depan aku! Nasib baik lah aku belum panjat pokok durian. Cuba bayangkan kalau aku tengah kat atas pokok durian tu. Mesti dah terbang ke bawah sebab angin dari pokok kelapa tu waktu dia terhempas kuat sangat.
Lepastu, sekali lagi, kitorang panjat pokok durian. Kali ni lagi ramai. Aku, abang, Mira, Ecah, Faizul, Syakir, Firdaus. 7 ekor ‘monyet’ ni berkarouke atas pokok.Dan pertama kalinya, aku berjaya panjat ke satu ranting yang tinggi yang even abang pun takut nak panjat. Pelik jugak sebenarnya, mana pergi sifat akrofobia aku? Hmmm.. siapa yang curi??
Kitorang jumpa serangga pelik. Aku tak tau nak describe macam mana. Benda tu…… entah. Pelik. Oh, aku jumpa seekor semut besar, like sebesar ibu jari aku!! Kaler hijau. Tapi aku tak sempat nak tangkap gambar, dia dah lari.
Huarghhhh… Tangan aku penat menaip. Selamat malam, nak tidur.
-Baiti Husna
Comments
Post a Comment