SOALAN SPM 2016: RUMUSAN DAN KESALAHAN TATABAHASA

RUMUSAN


Petikan membincangkan tentang langkah-langkah memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja di Malaysia.


Antara langkah yang wajar diambil ialah seperti menyemai semangat patriotisme dalam matapelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu bermula dari peringkat sekolah rendah. Selain itu, aktiviti-aktiviti menarik juga dapat dilakukan melalui aktiviti kokurikulum di sekolah. Seterusnya, kempen sayangi negara juga perlu diadakan secara berterusan di samping kerjasama dari pihak media elektronik dan media cetak seperti penyiaran dokumentari tentang perjuang kemerdekaan. Selain penglibatan pihak sekolah, ibu bapa tidak terkecuali dari memainkan peranan yang besar dalam memupuk kesedaran belia tentang semangat patriotik. Para remaja juga seharusnya diterapkan dengan prinsip-prinsip yang terkandung di dalam rukun negara.

Antara kepentingan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan belia Malaysia adalah supaya golongan masa kini dan masa hadapan tidak lupa akan jasa dan pengorbanan mereka yang bermati-matian demi negara yang tercinta.Semangat patriotisme juga amat diperlukan sebagai pemangkin kepada kemajuan negara dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah mengambil peduli dalam memupuk semangat patriotik demi melahirkan generasi yang harmoni dan bersatu padu.



PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

a) 1) Oleh kerana telah melanggar sumpah nenek moyangnya, dia bertukar menjadi naga penjaga kepada pulau tersebut.
    2) Pertukaran iklim secara mendadak telah mengakibatkan ramai orang jatuh sakit.
    3) Mereka bertukar-tukar kad nama sebaik sahaja majlis tersebut berakhir.
    4) Dia sangat berkira ketika membeli-belah bersama saya.
    5) Mengikut perkiraan yang sebenar, anak bulan akan kelihatan 5 hari dari sekarang.
    6) Gadis itu menyapanya ketika dia sedang berkira-kira untuk pergi.

b) 1) Ramai murid tingkatan lima menghadiri Program Kecemerlangan SPM anjuran akhbar harian itu.
    2) Akan pergi ke Seremban pasukann forum remaja sekolah kami untuk menyertai pertandingan forum remaja peringkat kebangsaan.
    3) Seronok berjumpa dan berbual-bual sanak saudara Pak Hashim semasa sambutan Hari Keluarga yang diadakan di rumahnya baru-baru ini.

c) 1) bunga tanjong ---> bunga tanjung
        jangkiti mata ---> jangkitan mata
    2) minerel ---> mineral
     
    3) spesis --> spesies
        melindungi ---> perlindungan

d) 1) meningkatkan  ---> melanjutkan
        terbit matahari ---> matahari terbit
    2) merapatkan ---> mendekatkan 
        di tempat ---> ke tempat
    3) tenteram ---> stabil
        ketua jabatan-ketua jabatan ---> ketua-ketua jabatan

e) 1) Jika kita menginginkan sesuatu kita akan terus berusaha mencari jalan untuk mendapatkannya.
    2) Perkara yang sebenar tidak seindah yang dikhabar anginkan oleh orang ramai.
    3) Sesuatu yang menyakitkan tidak  lagi menyakitkan apabila kita sudah biasa dengannya.

Comments

Post a Comment

Popular Posts