PERIBAHASA



Latihan 1: 

1. bagaikan kera mendapat bunga
    - tidak menghargai sesuatu pemberian

Aini bagai kera mendapat bunga apabila dia langsung tidak menghargai hadiah dari rakan-rakannya sempena hari lahirnya.
   

2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit 
    - disebabkan seorang membuat salah, nama semua ahli kumpulan tercemar.

Amin sahaja yang tidak mahu membuat kerja, namun semua ahli kumpulannya didenda, kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit.


3. burung terbang dipipiskan lada 
     - mengharapkan sesuatu yang belum pasti.

"Keputusannya masih belum diumumkan, janganlah kamu seperti burung terbang dipipiskan lada," ujar Amirah kepada Laila.


4. menegakkan benang yang basah 
     - berusaha menegakkan sesuatu yang salah

Puan Aisyah tetap mempertahankan anaknya yang dituduh mencuri walaupun bukti yang jelas sudah diberi, ibarat menegakkan benang yang basah.


5. bagaikan telur dihujung tanduk 
    - situasi yang bahaya

Keadaan pesakit yang koma itu bagaikan telur dihujung tanduk.


6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya 
     - orang berilmu yang merendah diri tidak akan hilang ilmunya

"Selepas ini janganlah kamu sesekali sombong, kerana ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya," kata Tok Wali kepada Amri yang baru tamat belajar silat.


7. bagaikan tikus jatuh di kepuk 
     - mendapat nasib yang baik secara tiba-tiba

Shima bagaikan tikus jatuh di kepuk setelah dia memenangi pertandingan dengan hadiah yang lumayan.


8. matinya semut kerana gula 
     - mendapat nasib yang buruk kerana tamak

Pak Itam yang menggunakan bomoh untuk melariskan jualannya dan mengakibatkan peniaga lain rugi, telah menerima padah apabila disihir kembali oleh mangsanya. Dia ibarat matinya semut kerana gula.


9. air dicincang tidak akan putus 
     - hubungan adik beradik tidak akan terputus walaupun kerana bergaduh, kerana mereka akan berbaik semula.

Ibu tidak bimbang apabila kami berempat saling bergaduh dan mengusik, kerana baginya, air dicincang tidak akan putus.


10. bagaikan embun di hujung rumput 
       - sesuatu yang tidak berkekalan

Hubungan Aida dan Amir bagaikan embun di hujung rumput, kedua- duanya seperti mahu bermain- main sahaja.



Latihan 2:


1. seperti mendukung biawak hidup
    - melakukan kerja yang menyusahkan diri

Walaupun ramai yang mengatakan tindakannya mengambil anak yatim itu sebagai anak angkat ialah seperti mendukung biawak hidup, Puan Halimah tetap berkeras.


2. sudah jatuh ditimpa tangga 
    - menerima nasib malang yang bertimpa-timpa

Sudah jatuh ditimpa tangga, setelah ditipu oleh rakan sekerjanya, beg tangan Nuha turut diragut dalam perjalanan pulang ke rumah.


3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan 
    - sering mengutamakan orang lain dari keluarga sendiri

Encik Halim ibarat kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan kerana dia sering memberi wang kepada rakan sekerjanya sedangkan keluarganya sendiri ada masalah kewangan. 


4. ditelan mati emak, dibuang mati bapak 
    - perasaan serba salah

"Saya tidak tahu saya harus membantunya atau tidak, ditelan mati emak, dibuang mati bapa," adu Shakirah kepada sahabatnya.


5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah 
     - apabila terjadi sesuatu hal pasti ada sebabnya

Saya rasa Aiman ada kena-mengena dengan kes ini, kerana kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah.

6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang 
     - orang tamak akan rugi

Sikap tamak usahawan itu yang bagaikan anjing dengan bayang-bayang telah membawa kerugian apabila dia melabur dengan banyak namun syarikat tersebut telah gulung tikar.


7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina 
    - telah tahu keadaan sebenar walaupun hanya melihat luaran.

"Lihatlah lelaki di kaki lima kedai itu, pasti dia penagih dadah. Sekilas ikan di air, sudah ku tahu jantan betina. Janganlah kita mencontohi lelaki itu," ujar Encik Faisal kepada anak-anaknya.


8. genggam bara api biar sampai menjadi arang 
    - melakukan sesuatu pekerjaan biarlah dengan bersungguh-sungguh

Jika menggenggam bara api, biarlah sampai jadi arang, barulah hasil pekerjaan kita akan memuaskan.


9. bagai mencurah air ke daun keladi 
     - melakukan sesuatu yang sia-sia.

Menasihati ahli kelas itu bagai mencurah air ke daun keladi! Nasihatilah bagaimanapun, mereka tetap tidak mahu berubah.


10. kuman di seberang laut Nampak, gajah di depan mata tak Nampak
      - melihat kesilapan orang lain, tetapi mengabaikan kesilapan sendiri.

"Saya tidak suka dengan perangai Mak Cik Limah itu, sekecil mana pun silap orang lain, tetap hendak dicanang ke seluruh kampung. Tidakkah dia sedar, perangai dia pun lebih teruk? Ibarat kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak," kata Puan Alia dengan nada marah. 



Latihan 3

1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi
    - di mana ada punca rezeki di situlah orang ramai berkumpul.

Setiap hari, penduduk kampung bagai lalat mengharung najis memenuhi tempat kedai yang menjual barang basah dengan harga yang murah namun berkualiti itu.


2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan 
    - pembangunan yang sangat pesat.

Kawasan itu yang dahulunya sebuah desa kecil telah membangun dengan sangat pesat, seperti cendawan tumbuh selepas hujan. 


3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain 
    -usaha gigih yang berterusan

"Janganlah kamu berputus asa menyiapkan buku itu, walaupun sedikit, namun jika dibuat dengan konsisten pasti kamu akan berjaya. Bukankah sehari sehelai benang lama-lama menjadi kain?" nasihatnya kepada Saiful.


4. seperti pelanduk dua serupa 
    - mempunyai wajah yang serupa

Eli dan Batrisya seperti pelanduk dua serupa, walaupun berlainan umur, rupa dan suara mereka berdua amat mirip.


5. melentur buluh biarlah dari rebungnya 
     - mendidik seseorang biarlah dari kecil lagi.

Puan Sofiya sentiasa mengajar anak-anaknya yang masih kecil supaya berdikari. Tegasnya, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

6. seperti ular kena palu 
    - jalan yang bengkang-bengkok

Jalan yang seperti ular kena palu itu akan membuatkan saya pening dan muntah-muntah lagi-lagi saya mempunyai mabuk kereta.


7. mati semut kerana gula 
   - mendapat nasib yang buruk kerana tamak

Pak Itam yang menggunakan bomoh untuk melariskan jualannya dan mengakibatkan peniaga lain rugi, telah menerima padah apabila disihir kembali oleh mangsanya. Dia ibarat matinya semut kerana gula.


    
8. bagai mendapat durian runtuh 
     -mendapat nasib yang baik secara tiba-tiba

Tok Dalang bagai mendapat durian runtuh apabila semua pokok di dusun buah-buahannya berbuah dengan sangat lebat.


9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain 
     - dua sahabat yang rapat namun berbeza cita-cita

Ipin dan Ceplos memang rapat,namun mereka umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain apabila Ipin ingin menjelajah ke luar kampung tetapi Ceplos mahu terus tinggal di kampung.


10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
     -mendengar sesuatu berita yang baik, apa yang sedia ada terus dibuang.

Laila ibarat mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan apabila dia terus menempah sebuah bilik di hotel di Langkawi setelah menyertai pertandingan yang menjanjikan tiket percutian ke Langkawi jika dia memenangi bertandingan tersebut.


Latihan 4



1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai     oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu.  
-seperti menanam tebu di tepi bibir.


2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah     berbaik-baik semula seperti sediakala.  
-biduk berlalu kiambang bertaut


3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik       Izkram masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.  
- bagai itik pulang petang


4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya En. Mohd. Ramsul seorang guru       yang baik hari ,lemah lembut, dan penyanyang. 
- umpama meriam buluh.


5. Walaupun  keluarga Encik  Mohd. Salam cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah,     namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.  
- bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan sehelai daun.


6. Hanya Husaini sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap pelajar     kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.  
- kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit.


7. Walaupun asalnya Saidiyah  seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan bersungguh-     sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang.  
- belakang parang diasah lagikan tajam.


8. Farislullah seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam     pertandingan badminton peringkat Daerah Perak Tengah.  
-kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.


9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Faleh pulang dan menetap semula di     kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan. 
- bagai ikan pulang ke lubuk.



10. Perbuatan Syaidiyah menasihati kekasihnya yang bernama  Farislullah  supaya berhenti merokok       sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh kekaksihnya itu.   
- ibarat mencurah air ke daun keladi.

Comments

Popular Posts