WACANA

1. a) Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batasan ayat dan merupakan satu-satuan bahasa yang berurutan dan lengkap.
b) Persekitaran yang bersih dapat menghindari pelbagai jenis penyakit berbahaya. Di samping itu, dapat membantu pelajar memberi tumpuan dalam pelajaran mereka. Akhir sekali, kita juga dapat menjaga imej sebagai individu yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Oleh itu, kita haruslah menjaga kebersihan dengan sebaik mungkin.

2. Kohesi bermaksud hubungan atau jalinan yang erat atara kata, frasa dan ayat untuk menghasilkan wacana yang kukuh. Contohnya, Aina dan Siti ke perpustakaan. Mereka ke sana untuk meminjam buku.

3. Penggunaan beliau pada ayat kedua menunjukkan penanda rujukan, digunakan untuk menjelaskan hubungan antara subjek dengan benda yang dirujuk. Dalam ayat ini, perkataan beliau merujuk kepada Encik Taib.

Comments

Popular Posts