JURNAL #53

13 April 2018

Assalamualaikum.

Pe kaba membe membe semua! Harini x bnyk sgt bnda jadi tapi ya Allahhhh…. ada satu part dalam hari ni yang buat aku benci hari Jumaat. Hari Jumaat ada……………….. muzik. Sumpah semak astagaa. Sumpah lah, dia expect kitorg macam tau everything pasal muzik dan pastu marah kitorg sebb x boleh baca note, I mean like, there’s not even letters how th am I going to read THAT??!

Okay anyways, petang tadi ada usrah dan tajuk kitorg harini ialah pasal adab dan akhlak terhadap parents. So kitorg cakap pasal adab-adab tu, you might’ve heard it all before. Cakap terima kasih, ringankan tulang tolong parents, jaga percakapan, jgn guris hati parents. Sebenarnya en, bila kita cakap pasal parent, kita akan terus automatically terbayang muka parents kita dan memori-memori kita dengan dorg. Kan? And somehow macam kena perah otak untuk fikir apa yang jadi. Macam, takkan ini je? Takkan banyak ni je? Berapa tahun aku hidup dengan parent takkan banyak ni je?

Ok aku bagi satu tips la, nanti balik rumah, cuba dengan randomly peluk mak kau, kata ‘terima kasih ma, adik sayang ma’. Random je. Walaupun mak kau akan cakap macam ee pegi sana busuk la ke, apa ke, tahulah yang deep in her heart, dia happy. Sejuk hati. Tak rasa bahagia ke bila tau org yang went through sakit mengandungkan kau 9 bulan 10 hari tak campur sakit nak bersalinkan kau lagi, rasa sejuk hati disebabkan kau? Payah beb nak balas jasa mak bapak. Ada yang kata, malu lah, dah besar peluk-peluk mak lagi. Serius ah, xyah rasa malu. Biarlah abang kakak adik kau nak kata apa. Sebab one day, kau akan rindu sgt nk peluk orang tua kau x kisahlah sama ada disebabkan faktor kau belajar luar negara ke, schedule kau full sgt ke, busy dgn kerja, faktor-faktor lain yang aku x sanggup nak sebut ke.

Dan satu benda lagi, parents kita manusia. Bukan kita yang pilih siapa yang akan jadi parent kita. Tau x kenapa? Sebab kita x pandai pilih. Tuhan sentiasa pilih yang terbaik untuk kita. Even kalau (sori kalau sensitif) lahir dalam household yang abusive sekalipun, dia tahu kita yang paling layak untuk tempuh semua tu. Sama jugak, parents x pilih kita, dia tak pergi pasar nak yang tinggi camni camni, warna rambut camtu camtu, tak. TUHAN BAGI YANG TERBAIK UNTUK KITA. Have faith, believe in Him.

So lastly, ending cliche tapi masalahnya betul. Sayangi dan hargailah parent kita semasa diorg masih ada.

Kekadang kita macam dengar je phrase tu tapi tak fikir pape pun. Itu lah aku. Once aku pernah somehow lost and confius gila macam, ‘kenapa sedih sangat kalau org mati? Dia mati je pun. Kita tahu dia manusia dan dia akan mati so kenapa kita sedih? Mati tu mati je la, nangis tak effect, tak buat dia hidup balik pun’. Then tahu apa jadi? Abang aku accident motor kena rempuh dari belakang dan waktu aku tau tu dah 2 hari dia dalam wad separa kritikal. Aku menangis teruk. Waktu tu aku kat kelas prep masa kakak aku call bagitau. Banyak sgt benda dalam otak aku. Macam mana abg cerita kat aku cita-cita, impian dia, nak rumah besar, isteri lawa, macam mana kitorg main sama-sama waktu kecik, study sama-sama, macam mana aku nangis dalam kereta waktu lepas hantar dia pergi asrama, macam-macam la. Waktu tu baru aku sedar, if THAT something bad happen (you know what I’m talking about somehow aku xleh sebut pun), lepas ni xde dah. Semua tu lepas ni xde dah. Aku dah xleh lepak ngan dia, sembang, merungut pasal sekolah, main basketball sama-sama walaupun aku noob af, takkan ada dah member paling rapat aku. That’s like my wake up call. Alhamdulillah sekarang abang sihat dah boleh main bole basketball lagi. Cuma mak aku dah x berapa bagi dia bawak motor. Tapi alhamdulillah ya Allah, dia dah sihat balik.

Aku nak cerita panjang lagi pasal tu sebenarnya, tapi xpelah, maybe next time, kay? Tu baru abang, kalau mak? Ayah? Fikir-fikirkan lah.

Salam.

-Baiti
P/s: lol x expect dia sepanjang ni.

Comments

Popular Posts